10/09/2026
CUKUP MAKAN BELUM TENTU CUKUP UNTUK HIDUP.
Anak mungkin kenyang setiap hari, tetapi apabila tiba masa membeli baju sekolah, buku dan membayar yuran, kita masih terpaksa berkira.
Apabila ahli keluarga jatuh sakit, duit untuk mendapatkan rawatan menjadi satu beban.
Kita mungkin mempunyai tanah yang luas, tetapi kalau hasilnya hanya cukup untuk mengisi perut, keluarga masih sukar untuk keluar daripada kitaran kesusahan.
Dan yang paling penting , apa yang kita tinggalkan kepada anak-anak bukan hanya makanan untuk hari ini, tetapi peluang untuk mereka mempunyai masa depan yang lebih baik.
Sebab itu saya percaya, pertanian hari ini tidak seharusnya sekadar untuk sara hidup.
Dengan ilmu, kemahiran dan tanaman bernilai tinggi, tanah yang kita ada boleh menjadi sumber pendapatan dan sebuah perniagaan.
Itulah sebabnya selama 17 tahun , Saya berusaha & mahu terus berkongsi ilmu ini dengan masyarakat luar bandar.
Bukan untuk dikenang sebagai seorang tokoh guru Vanila.
Tetapi supaya lebih banyak keluarga mempunyai peluang untuk mengubah kehidupan mereka.