14/07/2020
Resipi ni dah lama kongsi dekat MASAK APA HARI NI... sebelum pkp. Alhamdulillah, ramai yang whatsapp, yg minta resipi. Dan adalah yang nak jadikan artikel. Okey je... silakan. Rezeki dan ilmu tu dikongsi bersama. Tapi insya-Allah, nanti kita buat comeback ya POPIA CARBONARA dengan TAUHU BEGEDIL. Utk yg tanya POPIA BEGEDIL ; kita tak sempat buatlah awak.
Dah ramai yang nak oder, tapi belum ada kesempatan sebab masih sibuk dengan urusan NASI KETAGIH.
***Tak kisah nak niaga sama, tapi janganlah sampai kawan sendiri, atau sedara mara yang dulunya dah selalu beli, dah selalu memuji, eh tiba2 p**a niaga yang sama. Tak ada idea lain ke... π£ Tapi tak apa.... air tangan lain2 kan... saya is pasrah. Tapi kau akan faham perasaan ni bila kau sendiri yang terkena.
Di kala ramai yang kehilangan kerja akibat pandemik yang melanda dunia, mungkin masih ramai yang termanggu tidak punya idea bagaimana mahu menyara kehidupan kan? Banyak resipi dan idea boleh dijana untuk membuat keuntungan sebenarnya, dan popia carbonara merupakan salah satu daripadanya. Tidak salah...