Izan waffle shop

Izan waffle shop Kepakaran kami adalah menyediakan dessert.Seperti Waffle ,kayaball dan Sweetcorn.

02/10/2025

Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair

“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”

"Ya Allah permudahkanlah urusan mereka jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah perjuangan mereka dengan kebaikan."

Ya Allah hantarkan tentera²Mu langit, laut dan angin untuk membawa mereka sampai ke destinasi dengan selamat kerana ada saudara kami yang sedang menuggu di sana dgn penuh harapan.. 🤲🏻🤲🏻

Hasbunallah wani'mal wakil..



06/06/2025

Ya Allah, pada hari Arafah yang penuh barakah ini, ampunkanlah dosa-dosa kami, makbulkanlah doa-doa kami, kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi berkat, serta tetapkanlah hati kami di jalan-Mu. Amin ya Rabb.

24/04/2025

23.2K likes, 74 comments. “✨ Sunday vibes ✨ .”

24/04/2025
24/04/2025
02/03/2025

Buat anda yg bangun sahur & solat subuh, Semoga Allah keluarkan anda dr kesempitan hidup & diberi rezeki seluas lautan. Aamiin 🤲

01/03/2025

🌙SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK🌙

Tiada kebahagiaan tanpa syukur. Tiada rasa syukur tanpa sabar, dan tiada sabar tanpa maaf.

Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga bulan ini kita dihujani berkah oleh-Nya.

https://www.facebook.com/share/18bh26wCeC/
24/02/2025

https://www.facebook.com/share/18bh26wCeC/

Tips Murah Rezeki

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

Address

Taman Kota Masai Pasir Gudang
Pasir Gudang
81700

Telephone

+60182744904

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Izan waffle shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Izan waffle shop:

Share