01/09/2026
KITA MASUK SURAT KHABAR SINGAPORE! 🇲🇾🇸🇬🔥
Alhamdulillah, satu lagi milestone bermakna untuk LEPLoaded.
Sempena sambutan Merdeka ke-69, kisah dan pandangan pengasas LEPLoaded, Ahmad Aliff Mashuri telah diketengahkan dalam Berita Harian Singapura menerusi artikel:
“SEMANGAT MERDEKA: BELIA JOHOR BURU KEBEBASAN KEWANGAN DEMI MASA DEPAN”
Dalam perkongsian tersebut, beliau berkongsi realiti yang dihadapi usahawan hari ini apabila kos bahan mentah dan operasi meningkat sedikit demi sedikit, sedangkan pelanggan juga sedang berdepan tekanan kos sara hidup.
Bagi LEPLoaded, menaikkan harga bukan semestinya satu-satunya jalan.
Sebagai peniaga, kita kena lebih kreatif. Check semula pembekal, kawal wastage, susun margin dengan lebih baik dan cari cara supaya produk kekal berbaloi untuk pelanggan.
Sebab tu juga LEPLoaded hasilkan pilihan Popia Keju Frozen, supaya pelanggan masih boleh nikmati LEPLoaded dengan cara yang lebih mudah dan menjimatkan di rumah. 🧀✨
Lebih daripada sekadar berniaga, kami percaya produk tempatan Malaysia ada potensi untuk pergi lebih jauh.
Hari ini masuk surat khabar Singapura.
Mana tahu satu hari nanti, LEPLoaded sendiri sampai ke Singapura! 👀🇸🇬
Insha-Allah. Sikit-sikit, kita buat sampai jadi!🚀
Terima kasih Remar Nordin atas peluang yang diberi.