25/08/2026
Bersempena bulan Rabiulawal ini, mari kita kenali anak-anak Rasulullah ๏ทบ.
Baginda dikurniakan tujuh orang anak, tiga putera dan empat puteri. Enam orang lahir daripada Sayidatina Khadijah, manakala Ibrahim daripada Sayidatina Mariyah al-Qibtiyyah.
Besarnya ujian Rasulullah ๏ทบ sebagai seorang ayah. Enam daripada tujuh orang anak Baginda wafat ketika Baginda masih hidup. Hanya Sayidatina Fatimah yang menyusul kira-kira enam bulan selepas kewafatan Baginda.
Semoga dengan mengenali sirah dan keluarga Baginda, bertambah rasa cinta kita kepada Rasulullah ๏ทบ.