14/08/2018
Apa itu popia??
Selain sifatnya yang rangup bila digoreng ianya juga sedap dimakan sekiranya dihidangkan bersama minuman sejuk atau panas. Berintikan ayam dan disaluti keju atau 'cheese' menambahkan lagi keenakan popia itu.
Cara menyediakannya ringkas dan makanan yang berasal dari seberang ini dijadikan kudapan untuk minum petang, majlis tertentu dan keraian.
Ada juga menjadikan popia cheese sebagai hadiah dan buah tangan kerana ia dijual dalam bentuk sejuk beku dan di gerai biasa.