17/10/2025
Orang selalu kata :
βJangan manjakan anak, nanti jadi Anakku Sazali.β
Sebenarnya, bukan manjakan yang buat rosak.
Yang salah ialah sayang tanpa aturan.
Loving tanpa guideline. π
Ada seorang ibu bertanya, lebihkurang begini soalannya :
βAnak lelaki saya sejak kecil semua saya sediakan. Sekarang dah besar pun masih begitu, malah bila kahwin isteri p**a yang tanggung. Bagaimana nak betulkan keadaan ini, Ibu?β
πΉ Jawapan Ibu Rose :
Sayang, anak lelaki kita kena didik sejak awal.
Biar dia belajar basuh pinggan.
Biar dia tahu basuh baju.
Biar dia mop lantai, cuci tandas sedikit demi sedikit.
Biar tangannya terbiasa bekerja, supaya jiwanya terbiasa bertanggungjawab.
Kalau dah besar pun, jangan segan untuk bercakap dengan kasih.
Kita boleh terus terang:
βMak silap dulu manjakan sangat. Sekarang mak nak betulkan. Jom kita belajar balik sama-sama.β
Ingat ya sayang, hati anak milik siapa?
Milik Allah.
Kita minta sungguh-sungguh pada Allah, supaya anak lembut menerima nasihat.
Allah dah tetapkan peranan lelaki dengan sangat jelas dalam al-Quran:
βKaum lelaki itu adalah qawwam (pemimpin, pelindung dan penanggungjawab) bagi kaum wanitaβ¦β
(Surah An-Nisaβ 4:34)
Qawwam itu bukan sekadar ketua, tapi pembimbing, penjaga dan orang yang sanggup memikul amanah.
Dan Rasulullah ο·Ί sendiri menjadi contoh terbaik.
Baginda melakukan kerja rumah.
Baginda menjahit bajunya sendiri yang terkoyak, membaiki sendalnya, malah bersama dalam urusan rumah tangga.
Baginda tidak sekadar menyuruh dan mengarah.
Jadi, anak lelaki kita perlu faham bahawa tanggungjawab itu bukan untuk orang lain pikul.
Dia mesti dilatih dan berlatih sejak kecil.
Biar perlahan-lahan, lama-lama jadi biasa.
Itulah yang membina keyakinan diri dan rasa mampu memimpin keluarga satu masa nanti.
Semoga bermanfaat.
Salam kasih β€οΈ
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)