Cheq An Kitchen

Directions

Cheq An Kitchen Menyediakan pelbagai menu juadah yang memenuhi citarasa anda

Rupanya sambal tumis nasi lemak sedap tak letak satu bahan ni. Saya pernah rasa nasi lemak seorang makcik ni dulu masa d...
17/09/2026

Rupanya sambal tumis nasi lemak sedap tak letak satu bahan ni.

Saya pernah rasa nasi lemak seorang makcik ni dulu masa dia meniaga area Jitra. Rasa sambai dia sedap betul. Saya tanya makcik buat macam mana sambal ni. Ada rasa manis sederhana, ada hirisan bawang juga tapi dia hancur layu sedap.

Makcik kata sambal nasi lemak dia ada ni sahaja letak bawang mesin (blender), bawang hiris, cabai kering rebus mesin, asam jawa, gula melaka, gula putih dan garam secukupnya. Saya pun angguk angguk la oh bahan biasa je la kita dok bubuh eh tapi tak ada bawang putih ka makcik lupa habaq. Bawang putih makcik tak boh. Ni resepi sambai dari tok kepada mak makcik..

Mola-mola eny goreng dulu bawang besar hiris, masuk gula melaka dengan gula putih. Ni nak bagi sambai kilat elok. Lepas tu boh cabai kering masak sampai wangi, baru bubuh bawang mesin. Tumis sampai pecah betui minyak, masuk asam jawa, garam secukupnya. Masak lagi sampai bawang bawang yang hiris tu lembik hancur dia jadi jernih dalam sambai. Baru tutup api. Lepas tu baru asing asing nak campur ikan bilis, sotong atau udang. Kalau buat sambal kosong, campur ikan bilis goreng kisar dengan air dan masak balik sampai pekat.

Rupanya rahsia makcik tak ada bawang putih dan step goreng bawang hiris dan gula dulu. Hangpa try la nanti ya. Saya penah try dulu sekali memang sedap. Tapi masa tu busy dengan kerja masak pun sekali sekala, bila masak Nasi Lemak ni macam setahun sekali terus lupa nak ikut teknik makcik tu. Ni ingat balik, saya tulis kat hangpa pulak sama sama kita belajar.

24/02/2026

♥️

13/01/2026

Mula-mula terlibat sales dulu saya ingat saya kena belajar beribu teknik barulah menjadi.

Fikiran saya macam tu sebab dengar orang cerita macam-macam teknik untuk menjual.

Tapi bila dah lama dalam bidang sales baru saya sedar, sales ni adalah memahami Psikologi Manusia.

Walaupun teknologi berubah, AI makin canggih, tapi 'wiring' otak manusia tak berubah banyak sejak beribu tahun dulu.

Kita masih membeli sebab emosi, dan kita cuma gunakan logik untuk halalkan tindakan kita.

Psikologi jualan adalah universal.

Tidak kira anda jual tudung RM10 atau hartanah RM1 juta, proses di dalam kepala pembeli tetap melalui fasa yang sama.

Mereka perlukan jambatan rasa sebelum mereka sanggup keluarkan duit.

Bagaimana nak mula guna psikologi ini dalam jualan harian anda?

Jual 'Lega', Bukan 'Benda'

Jangan cerita betapa hebatnya spesifikasi produk anda. Ceritakan betapa tenangnya hidup mereka bila masalah mereka selesai.

Contoh: Jangan jual "tilam empuk", tapi jual "tidur yang lena tanpa sakit belakang."

Guna Kuasa 'Orang Lain'

Manusia secara psikologinya lebih percaya cakap orang lain berbanding cakap penjual.

Tunjukkan bukti orang yang sudah berjaya selesaikan masalah yang sama. Ini mengurangkan rasa takut mereka untuk mencuba.

Wujudkan 'Urgency' Yang Jujur

Berikan sebab kenapa mereka perlu bertindak sekarang.

Bukan untuk menipu, tapi untuk membantu mereka berhenti bertangguh.

Contoh: "Harga promosi ini tamat malam ini untuk bantu anda mulakan perubahan tanpa beban kos tambahan."

Psikologi jualan adalah universal kerana ia berurusan dengan manusia, bukannya barang.

Bila anda faham apa yang menggerakkan hati manusia, anda boleh menjual apa sahaja.

Jangan peningkan kepala mencari teknik yang 'pelik' bagi setiap produk.

Fokus untuk jadi 'manusia' yang memahami masalah 'manusia' yang lain. Itu kunci jualan yang paling mudah.

Address

Pekan

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00
Saturday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cheq An Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share