31/07/2026
Alhamdulillah 🤲
Hari ini saya berpeluang bersiaran di PERLIS FM pada jam 6.15 petang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada DJ Lin kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk berkongsi tentang perniagaan dan produk saya.
Terima kasih juga kepada FAMA Perlis, kerana saya amat berbangga menjadi salah seorang usahawan di bawah agensi ini yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan.
Penghargaan turut saya tujukan kepada IEDP atas program pembangunan yang banyak membantu menambah baik produk dan meningkatkan ilmu keusahawanan saya.
Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada para tenaga pengajar daripada UMK, UniMAP dan UUM atas segala ilmu, tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat bermakna.
Semoga segala usaha, sokongan dan kerjasama ini terus membawa kejayaan kepada semua usahawan tempatan. Insya-Allah. ❤️