09/06/2022
KEBAIKAN & KHASIAT KOPI
1. Kopi Boleh Meningkatkan Tahap Tenaga dan Membuatkan Anda Lebih Bijak.
*Di otak, kafein akan menghalang adenosina (inhibitory neurotransmitter). Apabila perkara ini berlaku, kadar neurotrasmitter yang lain seperti norepinephrine dan dopamine akan meningkat – membawa kepada peningkatan neuron.
Sudah banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.
2. Kopi Boleh Membantu Membakar Lemak.
*Beberapa kajian mendapati bahawa kafein boleh meingkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 3-11%. Kajian yang lain p**a menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak, sehingga 10% pada orang yang obese, manakala 29% pada orang yang kurus.
3. Kopi Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal.
*Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan.Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus.
4. Kopi Memiliki Nutrisi Yang Baik.
*Riboflavin (Vitamin B2)
*Pantothenic Acid (Vitamin B5)
*Manganese dan Potassium
*Magnesium dan Niacin (B3)
5. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2.
*Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67%!
6. Kopi Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer dan Dementia.
*Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah dalam mendapat penyakit ini.
7. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Parkinson.
*Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32-60%
8. Kopi Boleh Melindungi Hati (Bukan Cinta ya)
*Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini.
9. Kopi Boleh Melawan Kemurungan dan Membuatkan Anda Lebih Gembira.
*Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%.
10. Kopi Mencegah Risiko Beberapa Jenis Kanser.
*Kanser hati
*Kanser kolon
Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40%
Satu lagi kajian ke atas 489,706 individu mendapati bahawa orang yang minum 4-5 cawan kopi setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%.