01/06/2025
Semalam Mamu menyertai kelas Pizza Neapolitana yang dibuat oleh senior Soksek batch 98 iaitu melalui jenama . Memang sangat berbaloi menyertai kelas beliau bagi sesiapa yang nak mendalami ilmu membuat pizza asli yang berasal dari wilayah Naples, Itali.
Saudara Wira ni dah merantau seluruh pelosok dunia untuk mencuba pelbagai jenis pizza dan telah menemui pembuat-pembuat pizza yang tersohor di dunia. Banyak tips dan pengalaman yang dikongsi beliau sepanjang kelas berjalan.
Selain belajar membuat pizza, beliau juga menjual segala peralatan yang diperlukan untuk membuat pizza bagi yang serius untuk menceburi perniagaan membuat pizza. Selain itu beliau juga menyediakan senarai pembekal dan pengimport untuk bahan-bahan membuat pizza khas dari Itali yang semestinya mempunyai cop halal.
Mamu memang sangat rekomen pada sahabat-sahabat yang nak belajar masuk kelas pizza ni. Anda juga boleh bawa pulang tiga pizza buatan sendiri di akhir kelas termasuk pizza wagyu. Sila book awal kerana kelas hanya 2 kali sebulan dan sentiasa penuh dari pelajar tempatan dan negara jiran.