24/10/2020
MAKLUMBALAS KEPADA PEMBERITA HARIAN METROBERKAITAN ISU ADUAN PENCEMARAN SUNGAI BERANANG DISEBABKAN LADANG KERBAU SUSU
Premis ternakan kerbau MIG Farm Sdn Bhd merupakan Aktiviti Berjadual di bawah Peraturan-peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012. Premis ini telah diberikan Lesen Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan masih berkuat kuasa sehingga 15 Mac 2021.
Setiap Pemegang Lesen ini hendaklah mematuhi syarat-syarat Lesen antaranya hendaklah memastikan efluen yang dilepaskan daripada premis sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan. Terdapat 4 parameter yang perlu dipatuhi di bawah Syarat Lesen bagi premis ini iaitu Ammoniakal Nitrogen, Jumlah Pepejal Terampai, Biochemical Oxygen Demand dan Chemical Oxygen Demand.
Beberapa pensampelan pematuhan telah dijalankan oleh Lembaga iaitu pada 14 Februari 2020 dan 10 September 2020. Semua sampel telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis. Hasil Laporan Kimia yang diperoleh mendapati semua parameter bagi efluen yang dilepaskan adalah mematuhi piawaian yang ditetapkan. Hasil pensampelan di Sungai Beranang bagi lokasi hulu dan hilir daripada premis mendapati tiada perubahan yang signifikan bagi 4 parameter tersebut.
Selain itu, Sungai Beranang ini merupakan anak Sungai Semenyih di mana terdapat Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Semenyih yang terletak lebih kurang 12 km di hilir daripada premis ternakan ini. Semakan mendapati tiada insiden henti tugas LPA ini yang disebabkan peningkatan parameter tersebut.
LUAS sentiasa mengambil perhatian dan memandang serius berkaitan isu-isu yang berpotensi menyumbang pencemaran kepada sumber air. Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dijalankan secara berkala ke arah kelestarian sumber air.
Penduduk di sekitar Sungai Beranang merayu pihak berkuasa membantu menyelesaikan masalah pencemaran bau dan sungai kotor dialami mereka akibat didakwa berpun...