Arjuna Betta

Directions

Arjuna Betta ᴠͥɪͣᴘͫ⃝🐟𝑨𝒓𝒋𝒖𝒏𝒂 𝑩𝒆𝒕𝒕𝒂⃝࿐ू𝟕𝟔𝟗
Betta is Life
Breeder | Player | Addict
Follow for tips & hobi content🎥

13/08/2026

TADI TENGOK VIDEO ORANG KENA GIGIT KURA²… TERUS AKU TERINGAT ZAMAN BUDAK² DULU.😁

Tadi aku tengok satu video, ada org kena gigit kura². Sekali aku baru tahu, ada yg kata kalau kura² dah gigit kita, cucuk lubang hidung dia dgn batang rumput, nanti dia lepaskan. 🤣 Terus aku teringat zaman kecik dulu. Biasalah budak²… apa benda yg aku tak pernah tangkap? 😂

Satu hari tengah mancing, aku dapat kura². Aku ni pulak gatal tangan. Dah dapat, pergi usik mulut dia. Sekali… KAP! 🐢 Dia gigit jari aku dan TK LEPAS! Aku pun jerit panggil member, “WEH TOLONG AKU!”

Kau tahu member aku buat apa? Dia ambik TIN, lepas tu dia ketuk kuat². Aku tengok pelik. “Weh kau buat apa setan? Tolong aku!” Dengan muka serius dia jawab, “Mak aku kata kalau kena gigit kura², ketuk tin. Nanti dia lepaskan sebab kura² takut bunyi petir.” Aku tengah sakit pun boleh percaya. 🤣

Jadi dia ketuklah tin tu.
TING! TING! TING! 5 minit… tak lepas. 10 minit… tak lepas. 15 minit… tak lepas. Aku tengok muka member aku dah lain macam. Dia pulak ketuk makin bersungguh,
TING TING TING TING!
Aku rasa macam dia dah bukan nak selamatkan jari aku… macam tengah audition kompang! 🥁🤣 Aku cakap, “Siot lah kau! Kau tipu aku kan?!”

Last² aku balik rumah dengan tangan masih melekat dgn kura² tu. Sampai rumah aku mengadu kat bapak. Bapak aku ambik tangan aku, terus rendam tangan aku dgn kura² tu dalam air. Tak sampai 15 minit, kura² tu lepaskan tangan aku. Aku kagum lah. Aku tanya, “Abah macam mana abah tahu kura² akan lepas kalau rendam dalam air?” Bapak aku jawab selamba, “Kan kura² kena bernafas. Lama mana dia nak gigit? Mesti dia nak timbul ambik nafas.” 😂

Aku terus tergelak. Betul jugak teori bapak aku ni. Tapi sekarang aku dah tahu satu lagi petua yg orang cerita… kalau kena gigit kura², cucuk lubang hidung dia dgn batang rumput. 🤣

Tapi aku masih tak boleh lupa member aku ketuk tin 15 minit tu. Mak dia suruh ketuk tin… dia ketuk sampai layak masuk pertandingan kompang. 😂😂😂

Zaman budak² dulu memang lain macam. Takde Google, takde TikTok… ada mak member, bapak sendiri & teori kampung. 🤣

10/06/2026

22/01/2026

Tiada wujud yang sebenar melainkan Allah. Wujud Allah itu sempurna dengan sifat-sifat kamal-Nya seperti Hayat, Ilmu, Qudrat dan Iradat.




21/01/2026

Projek 2026: Mencari Betta imbellis, ikan laga kampung. Ni bukan main lumpur… ni latihan awal sebelum masuk dunia dewasa. Ikan laga tu kecik ja, tapi perjuangan dia bukan biasa-biasa.” 🔥🤣

20/01/2026

Allah beri kelebihan kepada Ustaz Wan Hizam dalam cara penyampaian yang padu, selari dengan peredaran masa dan budaya. Paduu dan kaw2cun! Dia kasi 🔥😁

Walau bahasanya kadang kedengaran kasar, hakikatnya ia menusuk ke dalam hati mereka yang benar-benar mahu faham. Kerana kebenaran tak semestinya dibungkus lembut, tapi mesti sampai dan menyedarkan.





Belek2 file image dalam fon tiba2..ternampak gambar ni😢
24/12/2025

Belek2 file image dalam fon tiba2..
ternampak gambar ni😢

kata2 motivasi yang sesuai untuk player, breeder, seller Betta fish. Boleh komen n pilih mana satu kamu punya? 🤭1. Untuk...
24/12/2025

kata2 motivasi yang sesuai untuk player, breeder, seller Betta fish. Boleh komen n pilih mana satu kamu punya? 🤭

1. Untuk Player:
"Main bukan sekadar menang, tapi faham ikan kau. Latih, hargai, menang dengan gaya!"

2. Untuk Breeder:
"Setiap sirip yang cantik, setiap warna yang hidup, adalah hasil kesabaran & cinta kau pada Betta."

3. Untuk Seller:
"Jual bukan sekadar untung, tapi bawa senyuman & kepuasan pada peminat Betta di setiap ekor yang kau lepaskan."

Kesimpulannya, bro:
"Dalam dunia Betta, sabar + ilmu + passion = setiap ikan jadi legend. Main, breed, jual – semua ada cerita & kepuasan sendiri. 🔥🐟"

Betta is Life
Breeder | Player | Addict
Follow for tips & hobi content🎥

24/12/2025
Aku ni jenis low profile. Kenal2 dlm media sosial tu biasa. Sembang pun ala kadar..uekah,sbb baru kenal kn..n jumpa depa...
24/12/2025

Aku ni jenis low profile. Kenal2 dlm media sosial tu biasa. Sembang pun ala kadar..uekah,sbb baru kenal kn..n jumpa depan kan, klu blh rahsia n hal Kita simpan lh elok2. Lagipun bukan elok sgt pun perangai aku ni😆 tapi org Nk berkwn, org ajak ngeteh aku tk kesah..aku ok jer. Kebetulan ada masa free, kita jalan jerlah.

Jumpa kwn tu mlm tu aku dtg naik moto Honda bulat buruk, bju pagoda, seluar jeans, selipar clipper . Rambut? Tak payah cerita… 😂

Kwn tu pulak dtg naik H… baik. Pap! Dia ajak Jumpa lepak mamak. Duduk sembang kosong je. Cerita pasal kerja, cerita pasal kereta. Yelah nk berkwn kan, dh set jumpa tkkn nk lepak sekejap je ☺️

Aku pun bukak la sikit cerita pasal diri aku. Cerita 10 thn lepas bawak bas kilang. Lepas tu buat part-time mcm2. Selit sikit pasal ikan laga, hobi lama yg aku buat slow2 sampai arini.

Pastu kawan tu Habis setakat tu je...haha! Sampai skrg langsung tk contact. Aku pun jenis malas nk tnya khabar b*k kali. Bila asyik aku je nk mula, lama2 aku senyap la 😆 - Sbnrnya aku tk salahkan sesiapa. Setiap org ada cara dia berkwn. Ada yg nk org nampak “bernilai”, ada yg nk manfaat cepat. Itu normal. Dunia skrg pun laju. Semua nk cepat, nk hasil, nk connection!

Aku pulak selesa jd diri sendiri. Dtg tanpa topeng, tanpa cerita hebat2. Klu org nk kenal, aku ok jer.. ikhlas jer nak berkawan, jenis aku sempoi tkdehal.. . Tapi, Klu kawan tu hilang sbb aku tk wow, tkdehal - aku f%paham😁

Aku tk pandai jual cerita hidup. Tk pandai buat diri nampak sibuk. Aku lg s**a buat kerja senyap2, biar hasil yg ckp. Ikan laga pun sama. Tk payah jerit kuat, cukup konsisten, cukup sabar, cukup jaga asas.

Kadang2 Allah takdirkan kita jumpa org/kawan baru tu bukan utk lama. Jumpa sekadar pengajaran. Jumpa utk uji hati sendiri... nk berkwn sbb ikhlas, atau sbb ada sebab lain.. ☺️

Aku bljr benda ni dh lama dah.., so aku tak pernah ubah diri semata2 nk org kekal kawan dgn aku 🧏. Klu dia pergi, biar. Klu dia stay, itu bonus. Klau betul2 kawan ni.. Dia tk peduli kau naik apa, pakai apa, kerja apa. Dia peduli cara kau layan org, cara kau sembang, cara kenapa bila kau diam.. Haa blh fhm ke maksud aku!?

Low profile bkn bermaksud kita rendah diri berlebihan. Ia cuma tanda kita selesa dgn hidup sendiri. Tk semua kejayaan perlu diceritakan. Tk semua proses perlu ditunjukkan.

Akhirnya aku sedar, berkwn ni bkn soal siapa paling hebat. Tapi siapa paling jujur bila tk ada apa2 utk ditunjuk. Dan aku tenang jd org biasa, dgn hobi biasa, buat benda kecik yg aku s**a. Itu pun dh cukup utk aku.


Address

Pokok Sena

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arjuna Betta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category