Nanas Uncle Haleem

Nanas Uncle Haleem Seorang pengusaha nanas multitasking, bercita-cita untuk menyempurna rantaian bekalan industri nanas Malaysia.

MARDI SWEET 16, manis tak? 甜心16, 甜蜜的未来?
08/06/2026

MARDI SWEET 16, manis tak?

甜心16, 甜蜜的未来?

Agtech Expert Seminars
🍍 MARDI开发的最新黄梨品种MS16 – 从特点看前景
大马黄梨新品种来了!专家为你一次拆解MS16的优势与市场潜力。

📅 日期:2026年6月26日(星期五)
⏰ 时间:上午11:00 – 中午12:00
📍 地点:Setia City Convention Centre, Shah Alam · 1号厅
🎤 主讲人:Haleem & Lim Y.W.(黄梨产业业者)
🗣 语言:English / 中文 / Bahasa Melayu

无论是种植户、加工商还是农业投资者,这一小时让你掌握MS16的未来商机。

🍍 黄梨产业升级,就从这里开始!
免费入场,同场还有 AgTech International Agro Expo(10am – 6pm)

#新品种 #黄梨种植 #雪兰莪农业展

Agtech Expert Seminars
🍍 MS16: Unpacking the Features and Potential of MARDI's New Pineapple Variety

Malaysia's newest pineapple variety is here! Get expert insights on MS16's unique traits and market potential.

📅 Date: 26 June 2026 (Friday)
⏰ Time: 11:00am – 12:00pm
📍 Venue: Setia City Convention Centre, Shah Alam · Hall 1
🎤 Speakers: Haleem & Lim Y.W. (Pineapple Industry Players)
🗣 Language: English / 中文 / Bahasa Melayu

Whether you're a grower, processor, or agri-investor, this one-hour session will reveal the commercial opportunities behind MS16.

🍍 Level up your pineapple game!
Free admission. Join us at AgTech International Agro Expo (10am – 6pm)



Agtech Expert Seminars
🍍 MS16: Membongkar Ciri dan Potensi Varieti Nanas Baharu MARDI

Varieti nanas baharu Malaysia kini tiba! Dapatkan pandangan pakar tentang keunikan dan potensi pasaran MS16.

📅 Tarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 11:00 pagi – 12:00 tengah hari
📍 Tempat: Setia City Convention Centre, Shah Alam · Dewan 1
🎤 Penceramah: Haleem & Lim Y.W.(Pengusaha Industri Nanas)
🗣 Bahasa: English / 中文 / Bahasa Melayu

Sama ada anda penanam, pemproses, atau pelabur pertanian, sesi sejam ini akan mendedahkan peluang komersial di sebalik MS16.
🍍 Tingkatkan lagi perusahaan nanas anda!

Percuma. Sertai kami di AgTech International Agro Expo (10pg – 6ptg)

Kalau tuan2 & puan2 masih hanya guna baja NPK+TE atau urea utk nanas, mungkin anda perlu upgrade sikit pengetahuan tenta...
08/06/2026

Kalau tuan2 & puan2 masih hanya guna baja NPK+TE atau urea utk nanas, mungkin anda perlu upgrade sikit pengetahuan tentang individu trace elements (TE) yg diperlukan utk nanas.

05/06/2026

Agak sedih bila ketahui ramai yang terkena tipu sebab terbeli benih nanas tidak ori. Sy offer free service di sini kalau siapa2 nak tahu benih varieti yg hendak dibeli itu betul atau tipu. Hantar gambar jelas dgn saya di 0127072589. Sy akan response secepat mungkin.

Cuma sy perlu beritahu di sini sy TIDAK JUAL BENIH ya, so jangan minta pm.

03/06/2026

Isu menarik, kenapa pokok nanas tidak berbunga selepas bertahun2 ditanam, atau walaupun aruhan dengan hormone (forcing) telah dibuat, tetapi ia tetap enggan berbunga?

Apabila para petani sayur merungut kerana hasil tidak laku dan terpaksa menjual sayur pada harga yang terlalu rendah, ba...
31/05/2026

Apabila para petani sayur merungut kerana hasil tidak laku dan terpaksa menjual sayur pada harga yang terlalu rendah, bagaimana p**a keadaan pasaran nanas? Jawapannya: amat mencabar!

Permintaan pasaran yang lemah, ditambah p**a dengan pelbagai masalah penanaman akibat perubahan cuaca yang mendadak, telah menyebabkan industri nanas Malaysia tidak lagi segagah dahulu. Pengurangan pengeluaran, malah sebahagian pengusaha mungkin terpaksa meninggalkan industri ini, sudah menjadi sesuatu yang hampir pasti.

Jadi, di manakah jalan keluar untuk industri nanas? Selain memperkukuhkan permintaan domestik, usaha menembusi pasaran antarabangsa secara agresif merupakan antara langkah yang mampu mengubah keadaan. Cuba teka berapakah nilai eksport nanas segar Malaysia setahun? Jawapannya ialah sekitar RM23 juta hingga RM26 juta setahun, iaitu hanya kira-kira 2% daripada jumlah pengeluaran negara.

Namun, tidak perlu terlalu bimbang bahawa industri nanas akan lenyap dari Malaysia. Industri ini mempunyai asas yang kukuh dalam sektor pertanian negara. Tambahan p**a, nanas segar import tidak mempunyai kelebihan yang ketara dari segi kos mahupun kualiti, maka ia agak sukar untuk menggantikan nanas tempatan.

Setiap cabaran pasti ada jalan untuk diatasi. Pengusaha nanas perlu menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing dari pelbagai sudut serta mencari ruang dan peluang baharu untuk terus maju. Saya sentiasa percaya bahawa setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.

Mereka yang ingin meninggalkan industri ini tidak dapat dihalang. Namun pada masa yang sama, pasti akan ada juga mereka yang nampak peluang dan memilih untuk terus berjuang. Apakah pilihan anda?

31/05/2026

Penanaman Josapine di tanah liat/bukit. Apa masalahnya?

29/05/2026

Buah majmuk, atau compound fruit. Keunikan buah nanas di alam semulajadi.

24/05/2026

Macamana bezakan sulur tanah dan sulur angin? Apa kepentingnya untuk membezakan jenis sulur.

Tonton video ini untuk mendapat bahan tanaman berkualiti.

23/05/2026

Penyisihan benih nanas yang bermasalah untuk mengurangkan penghasilan buah nanas "off type".

Tonton video ini, ketahui kepentingan dan kaedahnya. Mudah dan tidak perlu perbelanjaan besar tetapi akan mendatangkan banyak manfaat.

21/05/2026

Buah cacat, punca dan cara mengurangkan penghasilan buah bermasalah.

Address

PEKAN NANAS
Pontian
81500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nanas Uncle Haleem posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share