Redz Insight

Redz Insight Honest takes. Tactical views. Pure Liverpool passion. From the stands to the stats — this is Redz Insight.

🔵 Man City Semakin Hampir Dapatkan Marc GuéhiMenurut laporan terkini, Manchester City berada di fasa akhir rundingan unt...
16/01/2026

🔵 Man City Semakin Hampir Dapatkan Marc Guéhi
Menurut laporan terkini, Manchester City berada di fasa akhir rundingan untuk membawa masuk Marc Guéhi dari Crystal Palace. Pep Guardiola memang sudah lama mencari bek tengah muda yang:
tenang bawah tekanan, agresif dalam duel
dan mampu main high-line dengan disiplin
Guéhi “ticked all the boxes”.

🔴 Liverpool Melepas – Sekali Lagi
Untuk Liverpool, ini ibarat deja vu — target ideal, tetapi tidak disambar. Di bawah Arne Slot, LFC memang perlukan bek tengah muda, cepat, ball-playing untuk persediaan jangka panjang menggantikan Konate yang bakal meninggalkan LFC dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan serta boleh membentuk gandingan bersama –Virgil.

Guéhi p**a:
Homegrown
Sudah terbukti di EPL
Prestasi konsisten di Euro bersama England
Tetapi LFC memilih untuk tidak masuk agresif, dan ini beri ruang City bergerak lebih cepat.

🔥 MO SALAH MELETUS DALAM WAWANCARA BERSAMA WARTAWAN – KARIER DI ANFIELD MUNGKIN TAMAT? 🔥Drama di Anfield memuncak apabil...
07/12/2025

🔥 MO SALAH MELETUS DALAM WAWANCARA BERSAMA WARTAWAN – KARIER DI ANFIELD MUNGKIN TAMAT? 🔥

Drama di Anfield memuncak apabila legenda Liverpool, Mohamed Salah, akhirnya bersuara lantang mengenai hubungannya dengan pengurus, Arne Slot.
Buat pertama kali, Salah menunjukkan kekecewaan yang mendalam selepas terus disisihkan daripada kesebelasan utama.

Menurut Salah, sesuatu telah berubah dan ia bukan kecil.

> "Saya sebelum ini ada hubungan yang sangat baik dengan pengurus. Tiba-tiba semuanya hilang. Seolah-olah ada seseorang yang tidak mahu saya berada dalam kelab ini."

Beliau juga menyifatkan dirinya seperti sedang dijadikan kambing hitam.

> "Jelas ada seseorang yang mahu menendang saya keluar. Kelab berjanji macam-macam pada musim panas lalu… tapi sekarang saya sudah tiga perlawanan duduk di bangku simpanan."

Salah tak berselindung apabila menyentuh soal jasa dan statusnya:

> "Saya dah banyak memberikan kepada kelab ini. Saya tak perlu berjuang untuk posisi saya setiap hari. Saya berhak mendapatnya. Tapi saya bukan lebih besar daripada kelab."

Ada momen yang sangat emosional bila Salah bercerita tentang keluarganya:

> "Semalam saya telefon ibu saya. Mereka tak tahu saya mungkin tak bermain. Saya minta mereka datang ke perlawanan lawan Brighton… tapi saya sendiri tak pasti sama ada saya akan bermain."

Kemudian muncul ayat yang buat ramai penyokong mula rasa tak sedap hati:

> "Kita tengoklah apa yang akan berlaku. Ini mungkin ucapan selamat tinggal saya di Anfield sebelum saya ke AFCON. Lepas itu… saya sendiri tak tahu sama ada saya masih di sini atau tidak."

🟥 Redz Insight: Is this the end?

Kalau ini betul-betul interview terakhir Salah sebagai pemain Liverpool, ia menandakan satu era bakal berakhir.
Hubungan antara seorang legenda dan pengurus baru nampaknya retak, dan retakan itu semakin jelas.

Adakah ini tanda the final goodbye?
Atau sekadar luahan emosi seorang ikon yang rasa dikhianati?

Apa pun, situasi ini pasti menggoncang bilik persalinan.

ARNE SLOT – MALAM PENENTUAN DI ELLAND ROADTekanan yang selama ini terkumpul boleh meletup malam ini.Perlawanan menentang...
06/12/2025

ARNE SLOT – MALAM PENENTUAN DI ELLAND ROAD

Tekanan yang selama ini terkumpul boleh meletup malam ini.
Perlawanan menentang Leeds United bukan sekadar perebutan 3 mata lagi, ia sudah berubah menjadi ujian kredibiliti, arah projek, dan masa depan Arne Slot di Liverpool.

Selepas keputusan seri yang mengecewakan menentang Sunderland, keyakinan penyokong mula retak. Bukan kerana keputusan itu sahaja, tetapi kerana tanda-tanda yang sudah lama muncul:

-corak permainan yang masih belum stabil,

-intensiti yang turun naik,

-pemain utama yang tidak konsisten,

dan paling ketara tiada identiti jelas selepas 5 bulan dalam musim 2025/2026 di bawah Slot.

Liverpool bukan kelab biasa. Tekanan di sini tidak datang dari media sahaja, tetapi daripada warisan — warisan yang ditinggalkan oleh Jurgen Klopp dan setiap perlawanan yang Liverpool gagal kuasai, suara penyokong semakin kuat mempersoalkan:
Adakah Slot benar-benar orang yang tepat untuk meneruskan legasi itu?

🔴 MATCHDAY 🔴🆚 Leeds United🏟️ Elland Road⏰ 1:30 AM (Waktu Malaysia)🏆 Premier LeagueLepas keputusan seri menentang Sunderl...
06/12/2025

🔴 MATCHDAY 🔴

🆚 Leeds United
🏟️ Elland Road
⏰ 1:30 AM (Waktu Malaysia)
🏆 Premier League

Lepas keputusan seri menentang Sunderland, Liverpool perlu bangkit semula malam ni.
Tiga mata penting untuk kekal dalam perebutan top 4 dan Elland Road bukan tempat mudah.

Score Predictions?👇
Aku rasa 2-1 Liverpool — Isak & Wirtz dengan jaringan penting.
Korang p**a? 🔥👀

WIRTZ MACAM COUTINHO, SZOBOSZLAI MACAM HENDERSON – TAPI VERSI MODENPerlawanan kali ini bukan sekadar tentang keputusan d...
01/12/2025

WIRTZ MACAM COUTINHO, SZOBOSZLAI MACAM HENDERSON – TAPI VERSI MODEN

Perlawanan kali ini bukan sekadar tentang keputusan di scoreboard, tetapi tentang bagaimana dua pemain ini iaitu Florian Wirtz dan Dominik Szoboszlai yang mengubah dinamik pasukan dengan karakter permainan yang saling melengkapi.

1. Florian Wirtz: Jelmaan Coutinho, tetapi lebih matang

Apa yang Wirtz buat sepanjang game ini mengingatkan kita kepada era Philippe Coutinho di Anfield ,bola melekat di kaki, turning yang licin, dan kreativiti tanpa batas.

Bezanya?
Wirtz bermain dengan lebih decision-making, kurang ambil risiko sia-sia, dan lebih “berhati-hati” ketika memilih momen untuk menyerang.

Dalam game ini:

Dia drop di half-space untuk tarik keluar center-back lawan

Dia manip**ate tempo — slow, explode, exactly macam Coutinho dulu

Passing dia antara line betul-betul buka pintu untuk final third

Beberapa kali dia jadi difference-maker bila keadaan buntu, cuma teammates kadang tidak bersedia dengan umpanan yang diberi

Kalau dulu kita rasa Coutinho satu-satunya ‘magician’ dalam sistem Klopp, Wirtz bagi “vibes” yang sama tapi versi yang lebih moden dan taktikal.

2. Szoboszlai: Henderson vibes, kerja kotor dan workrate yang tinggi tak nampak, tapi penting

Ramai tak perasan benda ni sebab highlight jarang fokus pada dia untuk game semalam, tapi Szoboszlai main macam Jordan Henderson versi upgrade iaitu tenaga tak habis, tutup ruang, link-up, push tempo, dan jadi balancing point untuk midfield.

Dalam perlawanan ni:

Dia cover bahagian kanan attacking bila Slot decide untuk bench kan Salah dan saling bertukar role dengan Wirtz, banyak tolong fullback( sampai dapat assist Joe Gomez-key pass by Szobo)

Dia jadi first presser bila team hilang bola

Passing dia simple tapi efektif, sama macam Hendo dulu, cepat + tepat

Dia bagi stabiliti yang buat Wirtz ada lesen untuk lebih kreatif

Bezanya dengan Henderson?
Szobo ada teknikal skill yang jauh lebih tinggi — dia boleh carry ball, shoot dari jauh, dan ada kreativiti sendiri.

3. Kenapa gabungan dua karakter ni penting dalam game ni?

Satu pemain buka pintu (Wirtz),
satu lagi kunci pintu belakang (Szobo).

Itu sebab:

-Serangan nampak lebih tersusun

-Transition lebih kemas

-Pasukan tak terlalu bergantung pada satu individu

-Tempo permainan berubah-ubah ikut situasi

-Build-up lebih lancar dan unpredictable

Kalau Coutinho dulu bawa moment of magic tapi perlukan keseimbangan daripada Henderson, sekarang Wirtz dapat ruang yang sama dan Szoboszlai p**a berdiri sebagai penyokong taktikal yang lebih lengkap.

4. Kesimp**an

Game kali ini tunjuk betapa pentingnya dua profil ini dalam bola moden:
playmaker yang berani ambil risiko, dan enjin tengah yang sanggup buat kerja kotor tanpa glamor.

Wirtz buat kita rindu Coutinho,
Szoboszlai buat kita ingat jasa Henderson.

Tapi hakikatnya kedua-duanya bukan jelmaan sesiapa. Mereka sedang bina identiti sendiri.

MoSALAH DIREHATKAN,TEAM LEBIH STABILTanpa kehadiran Mo Salah, apa yang kita nampak sebenarnya agak mengejutkan iaitu Liv...
01/12/2025

MoSALAH DIREHATKAN,TEAM LEBIH STABIL

Tanpa kehadiran Mo Salah, apa yang kita nampak sebenarnya agak mengejutkan iaitu Liverpool kelihatan lebih stabil, lebih seimbang, dan lebih “team-focused”.

Bukan sebab Salah tak penting; dia still world-class. Tapi ketiadaan seorang focal point yang terlalu dominan buat pasukan:

🔹 1. Serangan lebih “unpredictable”

Bila tiada superstar yang jadi tumpuan utama, bola bergerak lebih cepat dari kaki ke kaki. Defender lawan tak boleh fokus hanya pada satu channel. Semua pemain tiba-tiba jadi ancaman.

🔹 2. Midfield lebih terlibat

Tanpa perlu hantar bola awal ke wide attacker yang dominan, midfield lebih banyak kawal tempo, dictate permainan dan pilih timing yang tepat untuk membina serangan.

🔹 3. Tekanan defensif lebih sekata

Front line press secara kolektif, bukan bergantung pada satu pemain untuk trigger press. Struktur bertahan lebih kemas, jarak antara unit lebih rapat.

🔹 4. Pemain lain step up

Bila tiada figura besar di atas padang, pemain lain ambil tanggungjawab — dari build-up, kreativiti hingga finishing. Ini sebenarnya sihat untuk mentaliti pasukan.

🔥 Kesimp**an

Ketiadaan Salah bukan menjadikan Liverpool lebih kuat tapi ia menjadikan Liverpool lebih stabil dan seimbang dari segi sistem.
Bila salah seorang bintang direhatkan, struktur pasukan diuji dan kali ini, ia tunjuk reaksi positif.

Hina. Lemah. Liverpool dibelasah lagi kali ini 4-1 di Anfield sendiri oleh PSV Eindhoven dan apa yang kita lihat sekaran...
27/11/2025

Hina. Lemah. Liverpool dibelasah lagi kali ini 4-1 di Anfield sendiri oleh PSV Eindhoven dan apa yang kita lihat sekarang memang satu kehancuran. Secara individu dan sebagai satu pasukan, keberanian tak ada, keyakinan hilang, etika kerja entah ke mana. Sepuluh gol bolos dalam tiga perlawanan dan sukar nak nampak penghujungnya.

Liverpool sudah pun bocor seawal minit ke-5 penalti selepas Virgil van Dijk tertampan bola dengan tangan sambil merayu foul yang jelas bukan-bukan. Dari situ, kesilapan datang bertimpa-timpa. Malam malang buat Van Dijk, lagi malang buat Ibrahima Konaté yang terus tenggelam, dan Milos Kerkez p**a nampak terlalu lembut di pentas ini.

Ya, Curtis Jones terpaksa main di posisi right-back, tetapi itu langsung bukan alasan untuk hantaran “bunuh diri” dia yang dipintas dua pemain PSV yang berada lebih hampir dengan gol Liverpool berbanding dia sendiri. Dia bukan satu-satunya yang buat keputusan pelik, dan bukan satu-satunya yang tak bekerja keras. Kelemahan ini nampaknya “menjangkiti” hampir semua kecuali Dominik Szoboszlai.

Dialah satu-satunya sinar dan wajar dia yang menyamakan kedudukan. Seketika, Anfield rasa macam momentum boleh berpihak semula. Tapi musim malapetaka ni memang tak bagi ruang bernafas langsung.

Masuk babak kedua, selepas ketinggalan 2-1, Liverpool terus runtuh. Kini berada pada rekod paling buruk sejak 1953, coraknya sama setiap minggu: mudah dibolosi, mudah hilang bola, dan terlalu sedikit peluang dicipta di atas padang. Ya, bangku simpanan sekarang agak nipis akibat kecederaan tapi skuad ini nampak macam hilang arah dan tujuan.

Bila terpaksa mengejar perlawanan, Liverpool buat serangan tanpa tempo, tanpa kreativiti, tanpa percaya diri. PSV bebas hancurkan mereka melalui counter-attack, dan Liverpool memudahkan kerja mereka lagi. Kerkez sentiasa out of position, Alexis Mac Allister macam berlari dalam pasir, dan bola langsung tak “melekat” di bahagian depan. Dua jadi tiga, tiga jadi empat, dan sorakan boo mengiringi pemain ke terowong. Ramai penyokong dah angkat kaki awal kalau tidak, Anfield mungkin bergema lebih kuat.

Apa yang menanti selepas ini? Sukar nak teka dan yang lebih membimbangkan, mungkin Arne Slot dan para pemain pun tak tahu. Jika rentetan kekalahan memalukan ini berterusan, tak mustahil perubahan besar di bahagian kejurulatihan akan mula dibincangkan, walaupun setakat ini masih nampak tidak begitu realistik. Tetapi satu perkara pasti: tekanan akan jadi lebih berat, sangat-sangat berat, kalau keputusan tak berubah cepat.

Konaté: Prestasi Menurun, Kontrak Tergantung… Patutkah Liverpool Jual Januari Ini?Prestasi Ibrahima Konaté musim ini mem...
25/11/2025

Konaté: Prestasi Menurun, Kontrak Tergantung… Patutkah Liverpool Jual Januari Ini?

Prestasi Ibrahima Konaté musim ini memang sukar nak dipertahankan. Dari menjadi salah satu “wall” terbaik dalam EPL, sekarang dia semakin kerap kelihatan gugup, lambat membaca permainan dan terlalu mudah ditembusi yang mana sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

Dalam masa yang sama, rundingan pembaharuan kontrak dikatakan tidak bergerak, membuatkan ramai bertanya:

Jika prestasi Konaté berterusan begini dan kontrak masih tidak bergerak, Liverpool perlu terbuka untuk jual pada Januari nanti.

Menjual pada Januari hanya masuk akal jika:

⚪ Liverpool sudah ada pengganti yang ready-made

⚪ Ada tawaran besar dari kelab lain

⚪ Slot memang tidak lagi melihat Konaté sebagai pilihan masa depan

Adakah Liverpool perlu mempertimbangkan untuk menjualnya pada January transfer window nanti ?

DAH LUPA KE MACAM MANA TAA JADI RIGHT-BACK LIVERPOOL?Selalunya bila satu posisi tengah tenat, masa tu lah bintang baru m...
24/11/2025

DAH LUPA KE MACAM MANA TAA JADI RIGHT-BACK LIVERPOOL?

Selalunya bila satu posisi tengah tenat, masa tu lah bintang baru muncul.
Itu lah perjalanan Trent Alexander-Arnold.
Clyne cedera → Klopp bagi peluang budak 18 tahun → lahir satu bakat generasi.

Jadi kenapa Arne Slot tak buat benda sama dengan Calvin Ramsay?

Budak ni pernah menang Young Player of the Season sebelum Liverpool beli.
Sekarang dia dah cergas.
Dia memang right-back tulen.
Tapi satu minit pun tak dapat… sedangkan midfield kita makin hari makin rapuh.

Midfielder paling konsisten musim ni asyik ditolak ke posisi right-back. Untuk apa sebenarnya?
Sedangkan lubang tu boleh diisi oleh Ramsay?

Tengok balik gol kemenangan lewat Rio Ngomuha awal musim semuanya bermula bila Szoboszlai balik ke posisi asal dia di midfield.
Di situlah tenaga, kreativiti dan impak dia.

Endo, Chiesa, Rio, Calvin… makin ramai pemain yang nampak macam tak dimaksimakan potensi.

Seorang pengurus tak boleh minta fans “percaya proses” kalau dia sendiri tak percaya pada skuad yang dia ada.
Pemain pun rasa benda tu. Keyakinan jatuh → prestasi jatuh → mula lah spiral tak sihat.

LEPAS TU… EKITIKE KENA BENCH UNTUK ISAK?

Yang ni memang paling sukar nak hadam.

Ekitike nampak lagi tajam, lebih agresif, pressing bagus, dan lebih sesuai dengan cara Liverpool main musim ni. Tapi tetap disisihkan… sebab “nama besar”.

Slot asyik pilih jalan selamat.
Tapi Liverpool bukan kelab yang berkembang melalui keputusan selamat.
Dalam era Klopp, bakat muda diberi kepercayaan.
Squad depth digunakan dengan berani.
Dan dari situlah lahirnya bintang baru.

⚔️ Liverpool Perlu Curi Mata di Etihad Demi Teruskan Momentum! 🔴Perlawanan menentang Manchester City awal pagi Isnin ini...
08/11/2025

⚔️ Liverpool Perlu Curi Mata di Etihad Demi Teruskan Momentum! 🔴

Perlawanan menentang Manchester City awal pagi Isnin ini akan jadi ujian sebenar buat skuad Arne Slot. Selepas beberapa prestasi positif, kini masa untuk buktikan consistency dan ketahanan mental pasukan.

City jarang lepaskan mata di Etihad, tapi Liverpool datang dengan keyakinan baharu. Szoboszlai mula tunjuk prestasi terbaik, moga Salah kekal tajam, dan Slot semakin faham DNA pasukan ni.

Satu mata pun berharga tapi tiga mata akan jadi statement win yang besar.

💬 Curi mata, teruskan momentum. Jangan bagi City ruang untuk bernafas.

🔴 Redz Insight |

Address

Prai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Redz Insight posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share