15/12/2022
Buah delima memiliki kandungan vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, kalium, dan serat yang sangat bermanfaat untuk tubuh wanita. Selain mampu meningkatkan daya tahan tubuh, buah delima juga boleh mencegah beberapa penyakit apabila diamalkan secara harian. Berikut adalah beberapa manfaat buah delima untuk wanita yang boleh membantu merawat tubuh kita dari dalam.
1. Mengawal berat badan
Buah delima mengandungi 45% keperluan serat harian. Serat merupakan salah satu nutrisi yang penting untuk menjaga berat badan kita agar tetap ideal. Kandungan serat yang tinggi mampu meningkatkan sistem pencernaan dan memberikan kesan kenyang yang lebih lama. Masalah sembelit pun boleh diselesaikan!
2. Meningkatkan kesuburan (potensi kehamilan)
Kandungan vitamin C, vitamin E, dan asam folat pada buah delima bermanfaat untuk kehamilan yang sihat dan bagi mereka yang sedang merancang untuk memiliki permata hati!
Selain dapat meningkatkan keinginan persetubuhan, kandungan antioksidan pada buah delima ini mampu melancarkan aliran darah ke rahim dan meningkatkan potensi kehamilan. Merancang untuk hamil memerlukan banyak perhatian penting, khususnya persiapan tubuh ibu. Dinding rahim seorang ibu harus kuat untuk dihuni calon permata hati selama 9 bulan. Ha dengan mengamalkan jus buah delima secara harian, ia boleh membantu dinding rahim anda menjadi lebih kuat dan stabil. Sehingga, kemungkinan terjadinya keguguran pada ibu hamil akan berkurang.
3. Mencegah Kanser
Kaya dengan kandungan antioksidan, buah delima dipercaya mampu melawan sel kanser, khususnya kanser payudara yang sering terjadi pada wanita. Sifat anti-kanser buah delima berasal dari kandungan asam punicic yang mampu mencegah penyebaran sel kanser serta mematikan sel tersebut.
Kandungan fitokimia dan polifenol antioksidan pada buah delima ini berfungsi menghambat enzim yang mempengaruhi perkembangan estrogen yang boleh menyebabkan terjadinya kanser payudara. Sehingga, apabila seorang wanita sudah tidak memproduksi hormon estrogen lagi, risiko kanser payudara akan semakin mengecil.
4. Menjaga Kesihatan Kulit
Menggunakan skincare sahaja tidak cukup untuk merawat kesihatan kulit. Kita memerlukan perawatan kulit yang tepat dari dalaman. Buah delima terbukti secara klinikal mampu meremajakan kulit kering dan kusam. Buah delima menunjukkan kesan anti-penuaan dan mengurangi bintik hitam serta kedutan, dengan melawan kesan kerosakan akibat sinar matahari. Namun bukanlah bererti kita boleh berhenti menggunakan sunscreen tau!
Kandungan vitamin C pada buah delima dapat mengurangi keradangan pada kulit, dan mampu mengurangi masalah kulit seperti jerawat.
Dengan menggunakan skincare yang tepat dan disertai dengan amalan makanan sihat seperti jus buah delima, matlamat untuk mendapatkan kulit yang glowing bukanlah suatu hal yang mustahil!
5. Mencegah Anemia
Anemia merupakan penyakit yang cukup umum pada wanita, khususnya kerana tubuh kekurangan darah ketika datang bulan. Penyakit anemia disebabkan oleh kurangnya kadar hemoglobin pada darah. Hemoglobin berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh bahagian tubuh yang penting. Inilah yang menyebabkan wanita mengalami rasa letih lesu ketika haid.
Kandungan zat besi, vitamin A, vitamin C, vitamin B, sangat penting dalam produksi sel darah merah dalam tubuh. Sehingga, mengamalkan jus buah delima secara harian mampu melancarkan peredaran darah sekaligus mencegah pelbagai gejala anemia.
Haa itulah dia beberapa manfaat buah delima untuk wanita yang pastinya dapat membantu menjaga tubuh kita dari dalam. Jom amalkan pati buah delima Organik Romman dan rasakan manfaatnya!