Sejarah Kek Lapis bermula di negara jiran, iaitu indonesia yang di pelopori oleh orang Betawi. Menurut sejarah, asalnya kek lapis yang di popularkan oleh orang betawi cuma berperisa rempah ratus. Apabila orang Betawi berhijrah ke bumi Sarawak pada tahun 1980-an dan membawa resepi Kek Lapis mereka, penduduk Sarawak dengan kretifnya melakukan revolusi dengan mempelbagaikan perisa, warna dan corak ke
k lapis. Asalnya, kek lapis sarawak hanyalah hidangan pada hari raya yang cuma sekadar hobi bagi kebanyakan surirumah. Namun, sejak lebih 10 tahun, kek lapis bukan sekadar hidangan di hari raya. Malahan, kek lapis sarawak sesuai di hidang sebagai hidangan pada majlis makan - makan, di letak sebagai barang hantaran untuk majlis tunang/ kahwin, di jadikan doorgift majlis-majlis, sebagai hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah, sebagai buah tangan mahupun hadiah
dan sebagainya yang di rasakan bersesuaian. Terdapat pelbagai jenis kek lapis yang membanjiri pasaran di Malaysia.Bagi kebanyakkan orang, kek lapis semuanya sama,
terutama dari segi warna, corak dan nama. Namun, hakikatnya kek lapis datang dalam 2 jenis kategori iaitu kek lapis budget dan kek lapis premium. Apa yang membezakan kek lapis budget dan kek lapis premium adalah bahan utama yang di gunakan. Kebanyakkan kek lapis budget menggunakan minyak dan margerin untuk mengurangkan kos, manakala kek lapis premium menggunakan 100 peratus mentega asli (pure butter) sebagai bahan asas. Kenapa pure butter tetap menjadi pilihan walau harga beza seganda? Semestinya kerana lemak tepu yang ada pada Pure Butter menghasilkan kek lapis yang lebih padat dan texture yang kekal moist walaupun tidak di kukus. Kek lapis yang di hasilkan mempunyai bau yang jauh lebih harum dan menyelerakan walau di simpan lama di dalam peti sejuk. Kadangkala, pelanggan menjadi keliru dengan kek lapis yang cuma berbeza dari segi warna sedangkan rasa sudah pasti sama. Menariknya Kek Lapis Premium by Moqlicious ini, kek lapis kami bukan sekadar corak dan warna. Setiap kek lapis yang di hasilkan bukan sahaja bertexture yang lebih moist dan padat, bau yang menyelerakan walau sudah lama di simpan, tetapi juga rasa bagi setiap menu kami berbeza. SEDAP DI MAKAN, CANTIK DI HIDANG, BERBALOI DENGAN NILAI WANG adalah motto dan slogan kami dalam menghasilkan kek lapis. Sesungguhnya KEK LAPIS PREMIUM by MOQLICIOUS merupakan pengalaman kek lapis yang paling hebat yang pernah anda rasa.