12/08/2026
Semalam berkesempatan membuat review Royal ASFA 50 bersama Tuan DSH.
ASFA 50 ini mempunyai rupa dan ciri yang hampir menyerupai Durian Monthong Thailand. Buah yang kami review telah 2 hari luruh, tetapi keadaan isinya masih cantik. Rasanya cukup manis, berkrim, dengan warna isi kuning yang tidak sekata.
Dari segi rasa dan karakter buah, memang ada persamaan yang agak kuat dengan Monthong. Tak tahu sama ada ASFA 50 ini “adik-beradik” Monthong atau mungkin “sepupunya” 😄, tetapi ciri-cirinya memang membawa karakter durian Thailand tersebut.
Pada pandangan saya, ASFA 50 mungkin lebih menarik jika dituai secara potong ketika cukup matang dan kemudian diperam sehingga masak, seperti cara Monthong. Apabila buah jenis ini dibiarkan masak sepenuhnya di pokok sehingga luruh, ada kemungkinan sebahagian keunikan rasanya berubah atau hilang.
Monthong yang dituai pada tahap kematangan tepat dan diperam dengan betul biasanya mempunyai rasa lemak santan serta aroma wangi seakan gula-gula 🍭 — satu karakter yang menjadikan Monthong cukup unik.
Walau bagaimanapun, ASFA 50 memang satu varieti yang menarik untuk diterokai. Isinya tebal, berkrim, manis dan mempunyai biji kesep yang kecil. Dari bentuk buah hinggalah kepada karakter isi, memang terdapat banyak persamaan dengan Monthong Thailand.
Ini hanyalah pandangan daripada sesi tasting dan review kami berdasarkan buah yang diterima. Mungkin selepas ini menarik juga kalau dapat buat satu lagi sesi ASFA 50 potong & peram vs ASFA 50 luruh untuk melihat sendiri perbezaan rasa dan aromanya. 🌳🔥
Akhir sekali, terima kasih kepada Tuan Kebun TN. ACP Lofti kerana sudi berkongsi buah ASFA 50 ini, YB Dato’ Zain yang membantu mengatur penghantaran, dan YB Dato’ Aidi Rosli (DSH) kerana bersama-sama membuat sesi review dan unboxing ASFA 50.
Sekian review ASFA 50 — tebal isi, biji kecil, karakter ala Monthong. Memang menarik untuk kita explore lagi! 👌🌳
https://chat.whatsapp.com/FMwniGdsyuC6Gk4znT062c?s=cl&p=i&ilr=4&amv=0