12/08/2026
π¦πΈ PROJEK AULAD 6 TAHUN: FLORA & FAUNA β KITARAN HIDUP RAMA-RAMA πΈπ¦
Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Projek Aulad 6 Tahun bertemakan Flora & Fauna dengan aktiviti Kitaran Hidup Rama-Rama. ππ¦β¨
MasyaAllah, hebat sungguh hasil kreativiti anak-anak kita! π₯° Ada yang membuat bersama ibu ayah, ada yang menyiapkan sendiri, malah ada yang sanggup bertungkus-lumus sehingga malam untuk menyiapkan hasil projek mereka. Ada yang sampai tak tidur kerana terlalu teruja menyiapkan projek! πβ€οΈ
Lebih menggembirakan hati cikgu, apabila anak-anak datang ke sekolah dengan penuh keterujaan untuk berkongsi cerita tentang setiap proses yang mereka lalui bersama ibu dan ayah. Mereka bercerita dengan penuh semangat tentang apa yang mereka buat, bagaimana mereka siapkan projek dan siapa yang membantu mereka. π₯Ήπ¦
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu ayah yang sanggup meluangkan masa, memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan projek anak-anak. β€οΈπ·
Bukan sekadar menghasilkan sebuah projek, tetapi anak-anak mendapat pengalaman, kenangan dan masa berkualiti bersama keluarga. Itulah nilai yang paling bermakna dalam setiap aktiviti yang kita jalankan. π₯°
Tahniah anak-anak 6 tahun! πππ»
MasyaAllah, semuanya hebat-hebat belaka! Teruskan berkarya, teruskan mencuba dan teruskan belajar dengan penuh rasa seronok. π¦π
Terima kasih ibu ayah atas segala usaha dan sokongan. Semoga setiap penat lelah ibu ayah menjadi pahala dan kenangan indah buat anak-anak. πΈπ€²π»
Alhamdulillah, syabas dan tahniah semua! π₯°π¦πΏ