20/06/2024
Pengambilan Snek merupakan salah satu trend yang kian meningkat di seluruh dunia. Sebenarnya pengertian snek adalah lebih mendalam dari sekadar apa yang dimakan. Orang ramai kebiasaannya inginkan sesuatu yang mudah, sedap dimakan dan pada masa yang sama, seimbang dalam pemilihan snek. 1
Snek dengan Bijak merupakan pendekatan kepada pemakanan yang mengutamakan tujuan dan perhatian. Ianya juga mengenai kesedaran tentang apa yang anda ingin makan, mengapa anda makan dan bagaimana ianya mempengaruhi apa yang anda rasa. Jadi keseimbangan dapat dicapai antara snek dan pemakanan yang betul.
Pemakanan secara bijak boleh dipraktikkan oleh semua orang, di mana jua, bila-bila masa melalui 3 cara mudah. Bila anda ingin memilih snek, tanya diri sendiri soalan penting ini.
1. KENAPA SAYA MAHU SNEK?
-Adakah anda inginkan snek kerana memerlukan tenaga atau merasa lapar?
-Adakah snek ini dapat memberi rehat sejenak bagi hari anda yang sibuk?
-Adakah situasi anda memerlukan anda untuk snek, seperti berada di perjumpaan sosial ?
-Adakah ia sebagai satu ganjaran?
Mengenalpasti kenapa anda ingin snek boleh membantu anda memilih apa yang anda mahu makan untuk menepati keperluan anda di saat itu.
2. APA YANG SAYA PERLU UNTUK SNEK?
-Adakah anda ingin manisan atau sebaliknya?
-Berkrim atau rangup?
- Panas atau sejuk?
Apabila anda sudah tetapkan apa yang anda ingin makan, bahagikan hidangan snek anda dan kurangkan gangguan bagi membantu anda menikmati snek. Selain itu perlahankan kunyahan dan tanya diri kembali adakah anda puas hati dengan snek anda?
3. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENIKMATI SNEK SAYA?
Guna segala deria untuk menikmati snek. Fokus kepada rasa, tekstur, bentuk dan warna makanan anda dan nikmati pengalaman semasa snek. Dan selalu ingat untuk tanya diri sendiri adakah anda puas?
Sumber - Snack Mindfully
You now can buy O'Yammy Mixed Snack at Angsana 2 or do contact us to order at https://wa.link/w9femx
Ready to "Taste the difference kind of sweets"!
'Yammy