24/09/2026
JAWATAN KOSONG
PEMBANTU CONTENT CREATOR
Skop Kerja
1. Membantu menghasilkan content
- Membantu menghasilkan video pendek untuk TikTok, Facebook dan Instagram.
- Merakam video dan gambar produk menggunakan telefon yang disediakan.
- Membantu mencari idea content yang menarik dan sesuai dengan produk Jajan’s.
2. Editing video asas
- Mengedit video pendek menggunakan CapCut atau aplikasi yang bersesuaian.
- Membuat editing asas seperti potong video, susun klip, subtitle, voice-over dan elemen visual yang diperlukan.
- Memastikan video yang disiapkan kemas dan sesuai untuk media sosial.
3. Content produk & promosi
- Menghasilkan content berkaitan produk, promosi, stok baru, suasana kedai dan aktiviti Jajan’s.
- Membantu menyediakan produk dan kawasan sebelum sesi rakaman.
- Bersedia muncul di hadapan kamera untuk content tertentu apabila diperlukan.
4. Media sosial
- Membantu menyediakan caption dan tajuk ringkas untuk content.
- Membantu memuat naik content ke platform media sosial syarikat mengikut arahan dan jadual yang ditetapkan.
- Mengikuti trend semasa yang sesuai untuk dijadikan idea content.
5. Tugasan berkaitan
- Menjaga telefon, tripod, lighting dan peralatan content yang disediakan oleh syarikat.
- Memastikan ruang yang digunakan untuk rakaman dikemas selepas selesai.
- Membantu tugasan pemasaran lain yang berkaitan apabila diperlukan.
Pakej Pendapatan
Gaji Asas: RM1,800
Insentif: RM200
Komisen Prestasi/Jualan: Sehingga RM200
Potensi pendapatan sehingga RM2,200 sebulan.
Calon Yang Sesuai
Jawatan ini sesuai untuk calon yang baru ingin membina pengalaman dalam bidang content creation dan pemasaran media sosial.
Pengalaman tidak semestinya diperlukan, tetapi calon mestilah:
- Berminat menghasilkan video dan content media sosial.
- Tahu asas menggunakan CapCut atau aplikasi editing video.
- Kreatif dan bersedia belajar.
- Tidak kekok menggunakan kamera atau muncul dalam video.
- Bertanggungjawab dan boleh menerima arahan serta teguran.