02/02/2026
SIAPA BAYAR SAMSENG ROBOHKAN EZY DURIAN RaRe?
Saya rasa ada 3 suspek terlibat dalam kes ni :-
1. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
2. Infra Alfa Sdn Bhd
3. Toyota
Kontrak masih berjalan.
Sewa RM4,000 dibayar tanpa gagal.
Tiada rundingan pampasan ganti rugi.
Tiada perintah Mahkamah.
Tiba-tiba kedai dirobohkan waktu malam (1am - 6am).
Korang rasa siapa arahkan?
MPS?
Infra Alfa?
Toyota?
Fakta kes :-
Tapak kat Dewan Muhibbah ni saya sewa secara sah daripada pihak pengurusan RaRe Gombak Jan 2025 dengan kontrak 3+3 tahun.
RARE dimiliki oleh Infra Alfa Sdn Bhd,
Memandangkan Dewan Muhibbah ni adalah dewan komuniti orang ramai (kawasan merah dalam gambar no 2), Infra Alfa menang tender awam daripada MPS untuk operasi food court dan juga flea market (untuk kepentingan masyarakan setempat) sekitar tahun 2023
Awal² buka dulu tempat ni memang meletop habis, viral sana sini...kami penduduk gombak ni tumpang happy... Nak cari kedai makan sedap dan cantik senang.
Tapi panas tidak berterusaan.. hujan ditengah hari.
Infra Alfa tak maintain foodcourt RaRe Gombak dengan baik menyebabkan tempat sangat kotor dan slow2 pelanggan berkurang selain dari masalah marketing kurang, staff tak buat kerja dan masalah² diorang yg lain yg saya malas nak amik tahu.
Bila pelanggan berkurang, sales Vendor (peniaga) pun kurang menyebabkan Vendor slow2 angkat kaki. Dari penuh meriah, last2 tinggal beberapa kerat jer.
Infra Alfa gagal membayar sewa dan berhutang dengan MPS dalam jumlah yang besar.
Anggapan saya.. bila Infra Alfa dah sangkut hutang banyak sangat, maybe mps dah start tindakan dan Infra Alfa mula cari jalan paling senang untuk keluar dari masalah ni... Pass pada company besar yang tengah cari tapak untuk buat business. Sambil tu markup sewa dari company tersebut.. so untung atas angin maaa.
Cari punya cari... Jumpa lah Toyota (saya tak sure apa deal diorang).
Infra Alfa pass kontrak sewaan direct (Alibaba) kepada pihak Toyota untuk sambung bayar.
Toyota pun happy lah sebab dapat sewa dewan awam dengan kadar murah dari tapak kilang lain yg kompem mahal.
Perpindahan kontrak berlaku tanpa berbincang dengan tenant-tenant sedia ada, tanpa melalui tender terbuka MPS (memandangkan ini adalah dewan yang telah digazektan untuk kegunaan awam dan tanpa membuat pungutan suara penduduk sekeliling terlebih dahulu kalau nak guna untuk komersial berat dalam jangka masa panjang)
Tujuan Toyota amik dewan ni sebab nak tukar kepada kilang spray cat dan sangat tidak sesuai bila dewan ni bersebelahan dengan 2 buah sekolah (rujuk gambar 2 dalam petak warna hijau 1 & 2) :
1. Sekolah Kebangsaan Taman Sri Gombak
2. Sekolah Kebangsaan Taman Sri Gombak 2
Erk nak tanya... Toyata dah dapat kebenaran dan lesen2 berkaitan untuk membina kilang spray kereta ke?
Kebenaran dari pihak kementerian pelajaran? (kilang spray kereta hadapan sekolah ni senang ke nak dapat approval kementerian pelajaran?)
Kontrak Infra Alfa sebelum ini dengan MPS hanyalah 5 tahun. akan tetapi walaupun gagal untuk membuat bayaran sewaan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian awal mereka, kontrak mereka telah di sambung sehingga 15 tahun (10+5).
Giler lamaaaa!! 🤣
Kalau tahu macam ni mungkin penyewa² harta MPS yg lain boleh sama² tak bayar sewa supaya contract boleh sambung 15 tahun ... Logik kan? 🤭
hmmm musykill juga saya.. adakah terdapat tangan2 ghaib yang sambung contract penyewa tak perform ni? 🧐
erk saya tak tuduh ye.. sebagai rakyat marhain saya tertanya2 sahaja 😊
Dipendekkan cerita, saya diarahkan keluar dari tapak tersebut walaupun:
• kontrak saya masih berjalan.
• saya tidak pernah gagal bayar sewa RM4,000 sebulan.
• tiada sebarang perbincangan atau tawaran ganti rugi (saya telah melabur dalam jumlah yang besar untuk buat sentral kitchen, bakery dan coldroom. Kena plak baru duduk belum smpai setahun pun).
Apabila saya enggan keluar tanpa pampasan sewajarnya, kedai saya dirobohkan oleh samseng pada waktu malam (1am - 6am).
Saya dah buat 3 report polis, tapi sampai sekarang masih tiada apa-apa tindakan... hmm kebal juga diorang ni ye.
Jadi persoalannya mudah:
Siapa yang mengarahkan dan membayar samseng kerja perobohan ini?
MPS?
Infra Alfa?
Atau Toyota?
korang rasa 😁
Nota : gambar akhir tu ai ye... jgn serius sangat 😊 .. just nak suh GM Toyota tengok sat kerja anak2 dia ni pe cer.
Bantu saya viral kan cerita ni sebab saya sedang dalam fasa tindakan selanjutnya :-
- Mahkamah Sivil
- SPRM
- SISPA
- Kementerian Pelajaran
- Petition Bantahan Penduduk
(Petikan dari ezydurian)