12/01/2026
Ladang ini berfungsi sebagai pusat pembenihan dan penanaman sayuran menggunakan sistem rumah hijau yang dilengkapi dengan rak hidroponik. Sistem ini membolehkan proses penanaman dijalankan dengan lebih sistematik, bersih dan efisien.
Latihan industri ini dijalankan di kawasan Kundasang, Mesilau yang terkenal dengan aktiviti pertanian tanah tinggi. Melalui latihan ini, peserta mendapat pendedahan secara langsung terhadap operasi ladang, proses pembenihan dan pengurusan tanaman dalam persekitaran rumah hijau. Latihan ini juga membantu peserta meningkatkan kemahiran teknikal, disiplin kerja serta kefahaman terhadap sistem pertanian moden.