01/07/2022
TIPS PENYIMPANAN KEREPEK ATAU SNEK SUPAYA TAHAN LAMA 👀
Hai semua! Apa khabar semua semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pastinya anda semua kebosanan di rumah. Ini menjadikan kudapan seperti kerepek dan snek adalah pilihan makanan terbaik untuk dikunyah semasa bersantai santai di rumah. Namun, masalah seperti kerepek cepat lemau, masuk angin, dimasuki semut sering menjadi kerisauan semua. Jadi hari ini saya mahu memberitahu tips menyimpan kerepek, snek atau makanan yang seangkatan dengannya supaya tahan lama dan tidak lemau.
1. Simpan snek/kerepek ke dalam bekas yang kedap udara.
Pastikan penutup itu ketat dan sendat supaya tiada angin yang masuk dan menyebabkan makanan anda menjadi lemau.
2. Simpan makanan jenis rangup dan keras ke dalam bekas yang penutup mudah dibuka.
Hal ini supaya angin masuk sedikit dan menjadikannya kekal rapuh dan rangup. Dengan menggunakan cara ini, kualiti kerepek atau snek kita pasti dapat dikekalkan.
3. Gunakan kertas minyak sebagai kertas lapik bagi mengelakkan kerepek/snek itu lemau.
Selalunya peniaga kerepek akan terus gunakan cara ini tapi bila kita nak masukkannya ke dalam bekas kita, ada yang s**a buang kertas itu, maka selepas itu akan mudah kerepek itu untuk menjadi lemau.
4. Menyediakan bekas makanan khas untuk kerepek/snek
Masukkan kerepek kedalam bekas berlainan mengikut jenis kerepek, sama ada jenis yang keras ataupun yang rangup. Ini adalah untuk mengelakkan snek daripada bercampur aduk rasanya dengan snek lain. Selain itu, teknik ini juga sesuai digunakan untuk kerepek yang dipasarkan di dalam bentuk bungkusan, di mana kebiasaanya kita akan mengikat plastik bungkusan makanan itu menggunakan getah, namun dengan memindahkan kerepek ke dalam bekas yang sepatutnya, ia dapat mengelakkan kerepek atau snek menjadi tahan lebih lama dan lambat lemau.
Sumber Rujukan: khalifahmedianetwork.com
Jangan lupa “LIKE” dan “SHARE” page agar anda tidak ketinggalan sebarang informasi terbaik dan berguna daripada kami.
https://www.facebook.com/saltedeggshiok/