Donatella Donuts

Donatella Donuts Pengeluar donat halal sedia untuk dimakan sekitar Lembah Klang. Penyedia minuman So Sawit di sekitar Lembah Klang.

Menu istimewa Cendol Durian Sawit adalah pilihan paling menarik buat pelanggan~

30/08/2026

Tak sampai 5 minit letak atas meja, confirm licin! Topping meriah, warna-warni menggoda, dan tekstur donut yang super gebu memang buat semua orang bertambah-tambah.
Sesuai sangat untuk majlis santai, potluck, atau minum petang bersama kawan-kawan.
Singgah gerai Donatella di pasar malam berhampiran anda petang ni!

29/08/2026

Pernah rasa tak combo donut dengan brownies?

Jarang-jarang dengar combo macam ni tapi dekat Donatella Donut ada! Bukan sekadar crumbs brownies tau, tapi satu slice brownies besar kami bagi sebagai topping donut kami!

Korang kena cuba tau gabungan rasa donut gebu dengan rasa manis coklat dan brownies yang padat. Bayangkan je dah confirm terliur kan?

Kalau nak tahu macam mana rasa dia, cepat-cepat datang ke khemah Donatella Donut di pasar malam terdekat!

28/08/2026

Tak ada yang lebih menenangkan daripada gabungan segelas Teh O Panas dengan Donatella Donut yang lembut.

Dengan pilihan topping yang pelbagai dan meriah seperti salutan coklat tebal, taburan biskut rangup, dan pelbagai perisa yang trending buatkan sesi minum petang dengan keluarga jadi makin ceria.

Sedar-sedar je sekotak dah licin!

Jom serbu khemah kuning Donatella di pasar malam terdekat hari ini!

27/08/2026

Untuk donut + chocolate lover, video ni untuk korang! 🍩

Donatella Donut ada line-up donut dengan topping chocolate yang pelbagai dan semua bukan biasa-biasa tau:

🍫 Donut Chocolate Parut
🍫 Donut Oreo
🍫 Donut Chocolate Smarties
🍫 Donut Chocolate Strawberry
🍫 Donut Chocolate Brownies
...dan banyak lagi pilihan yang akan buat korang rambang mata!

💡 Dapatkan dengan harga kombo 3 Donut Rm11!

Ada yang menarik di mata tak? Siap-siap dan datang ke pasar malam terdekat untuk dapatkan Donatella Donut sekarang!

26/08/2026

Satu problem bila nak beli donut Donatella ni, semua donut nampak sedap sampai rasa nak beli semua!
Dengan topping pelbagai flavour dan donut yang dijamin lembut gebu, memang tak cukup kalau beli satu je. 🤤
Jadi, korang kena beli set kombo 3 biji RM11 je, lebih jimat dan tak pening kepala nak pilih satu jens topping.
Jangan tangguh lama-lama, pergi ke pasar malam terdekat dan adapatkan Donatella donut korang hari ni! 🏃‍♂️

25/08/2026
Salam Maulidur Rasul 2026 / 1448H 🤍12 Rabiulawal merupakan tarikh yang penuh bermakna buat umat Islam sempena kelahiran ...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 2026 / 1448H 🤍

12 Rabiulawal merupakan tarikh yang penuh bermakna buat umat Islam sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

Marilah kita hidupkan amalan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dalam keluarga dan kehidupan seharian.

Semoga kita sentiasa mendapat syafaat Baginda dan menjadi umat yang mencintai serta mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.

21/08/2026

Siapa kat sini hantu coklat? Tengok ni, Donatella tak kedekut topping tau!
Step 1: Celup sos coklat.
Step 2: Parutan coklat premium melimpah-ruah.
Boleh makan macam tu je, atau panaskan sekejap untuk rasa coklat cair yang lebih "extra".
Tunggu apa lagi, cari kami di pasar malam lokasi anda sekarang! 📍

2 HARI LAGI! Debarnya!! Hari dah makin dekat. Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum kita jumpa di Cappybara Fest 2.0, Elmin...
20/08/2026

2 HARI LAGI!

Debarnya!! Hari dah makin dekat. Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum kita jumpa di Cappybara Fest 2.0, Elmina Urban Park!

Kali ni Donatella akan bawakan Mini Donatella dan Brownies yang pelbagai dan istimewa untuk pengunjung!

📸 Kalau nampak booth Donatella, jangan lupa terus singgah tau. Bawa family, kawan - kawan dan juga insan istimewa dalam hidup anda~

Jumpa korang nanti yeayyy~

ElminaUrbanPark

19/08/2026

Seronok tengok gerai Donatella meriah macam ni! Kami ada lebih daripada 30 pilihan topping berbeza dengan donut yang freshly made hari-hari. Ini memang boleh buat orang ramai rambang mata. 🤤

Beli lebih, lagi jimat! Dapatkan Kombo 3 Biji Donut RM11 Sahaja!

Jangan tunggu lagi, singgah ke tapak pasar malam terdekat anda hari ini!

Address

Jalan OS 1, ONE SIERRA SELAYANG
Rawang
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Donatella Donuts posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Donatella Donuts:

Shortcuts

Share