03/07/2023
MANFAAT MAKAN SAYUR BERSAMA MASAKAN PANGGANG🥗
Untuk dapatkan zat yang secukupnya dalam satu hidangan, jangan lupa untuk tambah sayur dalam setiap menu harian anda. Hal ini kerana tubuh badan manusia amat memerlukan nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, serat dan air untuk kesihatan.
Berikut kami kongsikan beberapa manfaat makan sayur bersama masakan panggang:
1. Sayur sebagai pelengkap hidangan
Untuk melihat hidangan lebih menarik perlu jadikan sayur sebagai pelengkap.
2. Sayur berfungsi sebagai serat
Dalam Piramid Makanan Malaysia dinyatakan sayur berfungsi sebagai serat dan sayur berada di aras dua menerusi Piramid Makanan. Oleh itu sayur-sayuran perlu diambil 3 sajian sehari.
3. Mudah dimasak
Sayur antara menu yang paling mudah dimasak. Lebih-lebih lagi jika ingin makan bersama masakan panggang. Sayur tersebut hanya perlu di rebus atau digoreng secara ringkas.
4. Padanan sayur dengan masakan panggang boleh dijadikan menu diet
Masakan jenis panggang merupakan antara masakan yang baik untuk seseorang yang dalam proses menurunkan berat badan. Oleh itu, masakan panggang seperti ayam atau daging panggang sesuai dimakan bersama sayur-sayuran.
Semoga bermanfaat. Untuk anda mengetahui lebih banyak kebaikan atau tips, anda jangan lupa like dan share page Pak Mat Western By Biha Alfi