20/06/2023
CARA MENGGORENG IKAN BILIS🤌
Jom cuba…confirm ikan bilis korang garing dan ranggup!!
1. Pilih Ikan Bilis Yang Berkualiti
Pilih ikan bilis yang warnanya lebih terang kerana ia lebih sedap dan berkualiti
2. Keringkan Sepenuhnya
Jika ikan bilis direndam, pastikan ikan bilis tu benar-benar kering sepenuhnya sebelum dimasak
3. Tunggu Minyak-Minyak Betul Panas
Sebelum menggoreng ikan bilis, pastikan api sudah dalam keadaan panas sepenuhnya
4. Kawal Api
Apabila menggoreng, pastikan api dalam keadaan perlahan untuk elakkan ikan bilis menjadi hangus
5. Simpan Di Dalam Bekas Udara
Masukkan ikan bilis yang sudah diggoreng ke dalam bekas kedap udara. Tutup bekas dengan segera untuk elakkan ikan bilis dimasuki angina dan kurang ranggup
6. Jauhkan Kelembapan
Elakkan menggunakan sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis
Dah cuba, jangan lupa komen👌