Mr. Lah Soya

Mr. Lah Soya Soya segar. Taufufa lembut. Tauhu kampung. Dari dapur mak, ke gerai jalanan. Yang datang beli… kadang pulang dengan senyuman menghasilkan soya dan taufu fa bermutu

Penat kerja, tekak rasa haus sangat?Salam warga group semua. Izin share sikit untuk legakan tekak yang kering petang-pet...
20/01/2026

Penat kerja, tekak rasa haus sangat?

Salam warga group semua. Izin share sikit untuk legakan tekak yang kering petang-petang ni.

Ada yang dah try Soya & Taufufa kami kat area Medan BTP & Jalan Puteri 3?

Jujur cakap, kitorang punya Soya ni bukan jenis 'instant' atau bancuh tepung.

Memang proses sendiri kat rumah dari kacang sampai jadi air.

Freshness memang kitorang jaga betul-betul.

Target kami simple ja: Nak bagi masyarakat rasa Soya yang betul-betul rasa kacang, bukan rasa air gula semata.

📍 Mana nak cari?
Medan BTP (Tapak Parking): Ni open hari-hari! Kalau hari Isnin & Rabu ada pasar malam, lagi meriah.

Jalan Puteri 3 (Tepi Jalan): Yang ni khas untuk geng office! Buka Isnin-Jumaat (11am - 6.30pm). Sesuai sangat nak grab masa balik kerja.

Menu original :
✅ Soya 22oz (RM3) - Puas minum!
✅ Taufufa 12oz (RM2.50) - Tekstur lembut gila, cair kat mulut.
✅ Tauhu (RM6/5pcs) - Buat goreng petang-petang memang padu.

Singgah la j*p nanti.. terima kasih Support local business kita! 🤝🔥
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/wHonqbar9tKE7rkb8

“Bila mata nampak semua sama, memang senang cakap: lelaki semua sama.”Padahal yang sama cuma hasil.Yang beza sebenarnya ...
18/01/2026

“Bila mata nampak semua sama, memang senang cakap: lelaki semua sama.”
Padahal yang sama cuma hasil.
Yang beza sebenarnya cara dia bekerja.

Macam dapur.

Dari luar, dapur biasa, steamer Apollo, steamer generator —
nampak lebih kurang: api, air, panas.
Tapi bila kau masuk dapur,
baru kau faham siapa yang penat,
siapa senyap,
siapa yang bayar kos paling mahal.

---

Dapur Biasa — Manual & Mengikat Masa

Masak soya atas api.
Kena kacau.
Tinggal sekej*p → berkerak → hangit → rosak satu batch.

Masak sikit tak apa.
Masak banyak?
Tangan dulu yang “untung”.

Hampir sejam berdiri:
jaga api, jaga bau, jaga periuk.
Siap masak pun belum habis —
basuh periuk berkerak lagi satu cerita.

Harga dapur ni:

Kau bayar dengan masa & tenaga.

---

Steamer Apollo — Kurang Penat, Banyak Sabar

Isi air 30–35 liter.
Api tekanan tinggi.
Hampir sejam tunggu sebelum wap keluar.

Bila wap keluar, soya masak tanpa kacau.
20 liter → 15–20 minit siap.

Tapi…
api kena kuat,
gas cepat habis,
silap timing sikit, hasil boleh lari.

Harga dapur ni:

Kau jimat tenaga, tapi bayar dengan gas & masa tunggu.

---

Steamer Generator — Senyap Tapi Jalan Laju

Air masuk automatik.
Elektrik + gas, tapi bukan untuk panas —
elektrik cuma pusing sistem.

Tekan suis.
5 minit wap keluar.
40 liter soya,
10 minit terus mendidih.

Tak kacau.
Tak tunggu lama.
Api tak perlu dera gas.

Harga dapur ni:

Modal awal tinggi,
tapi kau jimat masa, tenaga, dan mental.

---

So… sama ke semua dapur?

Hasil akhir?
Air soya tetap air soya.
rasa berbeza.

jalan ke hasil tu:
langit dengan bumi.

Dapur biasa → murah, penat, perlahan
Steamer Apollo → stabil, kuat makan gas
Steamer Generator → mahal awal, laju, konsisten

Soalan sebenar bukan:

“Yang mana sama?”

Tapi:

“Bisnes kau sanggup makan apa — masa, tenaga, atau modal?”

Ramai peniaga sanggup berpeluh setiap hari,
tapi berkira bila tiba masa
nak bayar alat yang boleh bagi dia hidup lebih tenang.

Yang sama cuma hasil.
Yang beza — harga yang kau bayar untuk sampai ke situ.

Bila ditanya dan
Kalau semua ni masih nampak “sama saja”,
mungkin masalahnya bukan pada dapur.

So sekarang aku tanya satu soalan ja:

Kau nak jimat duit hari ni,
atau nak selamatkan kos produk kau.

*SteamerGenerator tu pon ada side ruginya.

Dalam kepala nampak duit masuk.Dalam realiti: berdiri panas, kosong tak ada sale.“Saya nak tahu lanjut pasal soya bang.”...
16/01/2026

Dalam kepala nampak duit masuk.
Dalam realiti: berdiri panas, kosong tak ada sale.

“Saya nak tahu lanjut pasal soya bang.”

Tak sangka.
Post semalam, ada orang tekan WhatsApp.
Terus tanya nak niaga.

Kawan,

Jangan percaya sangat apa yang nampak cantik di media sosial.
Itu cuma satu sudut.
Satu frame.

Yang busuk?
Kita sorok bawah karpet.
Macam budak malas bila mak suruh sapu rumah.
Sampah tak buang.
Sapu ja, sorok bawah karpet.

Ada yang teruja.
Terus whatsap nak ambil soya.
terbayang duit masuk.

“Kalau habis, fuhh kaya.”

Realiti Syamil dan Nadhir tak macam tu.

Payung buruk.
Meja besi lama campur papan terpakai.
Niaga tepi jalan yang orang lalu pun tak pandang.

Dari mata kasar,
dah kalah sebelum bertanding.

Cerita semangat memang sedap dengar.
Tapi realiti bermula bila kau berdiri bawah panas,
dan tunggu customer yang tak kunjung singgah.

bawa air tak sampai satu balang, tu pon tak habis.
Taufufa satu tong kecil tak jalan.
Modal tak balik.
Upah diri sendiri pun tak lepas.

Harapan nak simpan duit?
Tinggal angan.

Bila hujan turun,
boleh jadi semua tertiarap.
modal hangus.

Kat sinilah ramai berhenti.
Bukan sebab bisnes tu salah.
Tapi sebab mental tak bersedia.


“Syamil, jangan mati kutu. Fikir.”
“Nadhir, jangan tunggu nasib. Bertindak.”

Sebab orang yang masuk dunia tindakan,
minda dia akan menyala.

Minggu ni makan modal.
Jangan mengeluh.

Inilah liku kecil kehidupan.
Kalau pengalaman ni kau simpan betul-betul,
dia jadi tulang belakang masa depan.

Payung nak terbang?
Letak pemberat tong ais kat kaki.

Ada modal sikit,
upgrade canopy.
upgrade mana yang utama dulu.

Kalau kau masih boleh baca sampai sini tanpa lari,
kau sebenarnya bukan jenis cepat menyerah.

Bisnes ni bukan tentang nampak cantik.
Dia tentang tahan lama
bila tak cantik langsung.

Aku tak cerita semua di sini.
Yang faham, dia faham.

Lepasan SPM.Dunia senyap-senyap mula mengujiAda sela masa sebelum sambung pengajian.Masing-masing memilih jalan.Ada keja...
16/01/2026

Lepasan SPM.
Dunia senyap-senyap mula menguji

Ada sela masa sebelum sambung pengajian.
Masing-masing memilih jalan.

Ada kejar ruang glamour media sosial.
Ada kerja selesa di bawah aircond.
Ada juga yang berdiam di rumah,
menunggu masa bergerak sendiri.

Syamil dan Nadhir memilih untuk berpeluh
di bawah payung niaga jalanan.
Panas. Letih.
Tangan melekit air soya.

Walaupun sekej*p,
mereka belajar satu perkara awal:

Pengalaman tak datang kepada orang yang menunggu.

Payung jalanan bukan jalan lurus.
Tiada manual.
Tiada siapa beritahu apa perlu dibuat.

Bila angin ribut datang,
tak ada siapa pesan supaya pegang payung.
Kalau terbang,
itu tanggungjawab sendiri.

Awal niaga laku sikit, sebab orang nak support nak cuba, seronok hati merasa "eh boleh nii"

kemudian air soya mula kurang laku.
Bukan sebab pelanggan berubah,
tapi kualiti yang menurun.

Ais cair.
Rasa berubah.

Tak ada siapa menegur.
Pasaran tak pernah marah.
Ia cuma berhenti membeli.

Di situlah pelajaran sebenar bermula.
Tak jaga kualiti,
pasaran menghukum tanpa suara.

Anak muda,
di mana pun titik kamu berdiri hari ini —
itu bukan hukuman.
Itu latihan.

Latihan untuk kekal beri yang terbaik
walau tiada siapa memerhati.
Walau tiada siapa memuji.

Kerana dunia sebenar
sentiasa menilai dalam diam.

Diam di tempat lama pun sebenarnya satu bentuk rugi.Ayat ni ciklah dengar lama dah.Baru sekarang dia betul-betul kena.Da...
20/12/2025

Diam di tempat lama pun sebenarnya satu bentuk rugi.

Ayat ni ciklah dengar lama dah.
Baru sekarang dia betul-betul kena.

Dalam berniaga,
kita boleh buka hari-hari,
buat benda sama,
layan pelanggan macam biasa…

Tapi dalam diam,
pelanggan bergerak.
Kita tak.

Bukan sebab produk tak elok.
Bukan sebab orang tak s**a.

Selalunya sebab kita
terlalu selesa dengan cara lama.

Bila sampai satu tahap ni,
ciklah sedar satu benda:

Kalau cara tak berubah,
hasil pun takkan berubah.

walaupon umur makin meningkat
Tapi ciklah tak putus harap bertawakkal kepada Allah.

tiada istilah terlambat.

Belum terlambat untuk bertaubat.
Belum terlambat untuk betulkan cara kita berniaga.

Tak perlu ubah besar.
Tak perlu lompat jauh.

Dalam niaga kecil macam kami,
selalunya bermula dengan benda ringkas.

Cara bercakap.
Cara melayan.
Cara fikir yang lebih jujur dari semalam.

Yang bahaya dalam bisnes
bukan bergerak perlahan
tapi berhenti
dan panggil itu “cukup”.

19/12/2025
19/12/2025

“Hujung tahun orang mungkin sedang rehat,
tapi ada yang diam-diam sedang siapkan tapak rezeki.”

Akhir 2025,
ada peniaga dah mula buat persediaan
untuk bazar Ramadan tahun depan.

Bukan nak kejar lebih.
Cuma sebelum ke meja jualan,
banyak urusan perlu dipersiapkan.

Dalam masa yang sama,
peniaga juga ibu dan ayah.
Yuran, buku, baju, kasut anak-anak
masuk satu-satu dalam kepala.

Ujian hidup tak sama bagi semua.
Ada diuji dengan masa.
Ada diuji dengan duit.
Ada diuji dengan kedua-duanya.

Adat berniaga,
ada hari jualan kurang,
bil tetap berjalan.

Mungkin tak ramai nampak usaha kau.
Tak apa.

Allah nampak.
Dan itu sudah lebih dari cukup.

Jangan patah semangat.
Sabar dan takwa,
itulah jalan yang menenangkan jiwa.

Post ini untuk yang sedang bertahan.

18/12/2025

Ramai tak sedar, depa DM bukan sebab nak resepi buat air soya.

Resepi air soya senang.
YouTube penuh.
Kelas pun berlambak.

Kalau nak tau cara buat semata,
tak payah cari Ciklah.
Google ada.
ChatGPT pun boleh sekarang ni.

Tapi bila mula buat betul-betul,
sekali
dua kali
lepas tu hasil soya mula buat perangai.

– cepat basi
– rasa lari
– tekstur lain
– tak halus
– warna berubah

Kat situ mesti jadi letih campur tak terkata. penat buat tapi buang saja.
Macam tau ada yang tak kena,
tapi punca tak jumpa.

Kelas, video di media ajar cara buat soya.
Cuma benda terperinci tips dan trik depa tak dan cerita:
..

apa nak buat bila soya buat hal ?


Ciklah tak buat kelas.
Tak rancang pun.

Tapi ada juga yang DM tanya,
nak belajar personal,
bagi sikit saguhati.

Buat duit dengan kelas?

Tak.

Ciklah cuma peniaga
yang dah lalui asam garam
buat air soya & taufufa original.

– pernah taufufa tak jadi, buang bertong
– pernah air soya berkeladak bila bungkus
– air gula merah campur soya panas, terus rosak
– pernah sale slow sampai kira duit syiling
nak teruskan hidup keluarga


Soya ni banyak ragam.
Niaga lagi banyak perangai.

Benda ni tak ada dalam kelas.
Ni ilmu yang hang faham lepas kena.

Sebab tu kalau hang nak tau:
– apa nak buat bila soya tak jadi
– macam mana jaga kualiti
– macam mana bertahan bila bisnes slow

boleh la follow sini.

Kalau hang cari resepi,
Google ada.

Tapi kalau hang nak orang yang boleh cakap:
“Tenang… Ciklah pernah lalu.
Ini cara Ciklah settle.”

Ciklah ada.

Post ni untuk depa
yang baru nak berniaga soya,
dah hampir give up,
tapi masih nak cuba buat elok-elok.

11/10/2025

cerita semalam. dapat amanah hantar air ke surau Jumaat.

done..
harini gerai dah buka ya. sabtu jam 8- 1tgh saja

07/10/2025

meniaga macAm biasa.

Address

Rawang
48020

Opening Hours

Monday 15:00 - 21:00
Tuesday 12:00 - 19:00
Wednesday 15:00 - 21:00
Thursday 12:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 13:00

Telephone

+60174184869

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mr. Lah Soya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mr. Lah Soya:

Share