ACE RICH FARM

ACE RICH FARM Penternakan Kambing, Lembu dan sebagainya. Berkongsi sedikit ilmu masakan yang bersesuaian.

Jawapan bagi pertandingan kenali baka kambing Argrow Farm!1. Baka kambing tersebut adalah baka JERMASIA! Baka original d...
10/06/2024

Jawapan bagi pertandingan kenali baka kambing Argrow Farm!

1. Baka kambing tersebut adalah baka JERMASIA! Baka original dari Malaysia dan dimajukan oleh pihak Universiti Malaya. Jermasia merupakan alternatif kepada program pembiakan kambing pedaging di Malaysia. Mempunyai 2 fungsi iaitu pengeluaran daging dan susu, ianya merupakan hasil kacukan dari baka Jerman dan Katdjang.

2. Ciri-ciri kambing ini adalah mempunyai tanduk yang besar dan berwarna perang dan kehitaman. Berat kambing dewasa jantan antara 35-45kg manakala betina antara 25-35kg. Yang bestnya musim pembiakan baka ini adalah Polyestrus (sepanjang tahun). Untuk betina juga boleh menghasilkn susu hingga 120kh/200 hari laktasi.

3. Namun baka kambing ni makin berkurang dalam pasaran. Mungkin kurangnya promosi pengenalan baka dan juga persaingan dengan baka kacukan lain seperti Boer + Kadjang dan baka kacukan yang lain. Sebab itulah ramai yang tidak kenal baka ini dan tiada pemenang bagi pertandingan kali ini. Huhu. Stand by next quiz ya. hehe

4. Bagi proses kacukan ini, sekiranya sama jenis kambing dari baka-baka berlainan memang boleh dikacukan dan menghasilkan baka baru. Cuma ianya akan melalui proses kajian dan penghasilan yang panjang. Melibatkan pelbagai cabang ilmu seperti ilmu tentang haiwan, ilmu tentang genetik, ilmu tentang pemanian berhadas (AI) dan pelbagai lagi cabang ilmu yang cukup luas untuk dipelajari. Kambing dan bebiri tidak boleh dikacukkan yang. Nampak sama, tapi genitik jauh berbeza. Macam ayam dan itik.

5. Bagi tujuan kacukan p**a ianya berkait rapat dengan tujuan pelaksanaan usaha penternakan itu sendiri. Untuk mendapatkan daging atau susu ataupun keduanya sekali. Selain itu proses kacukan juga bagi meningkatkan kualiti dan ketahanan baka ternakan tersebut agar sesuai dengan kehidupan dan habitatnya hidup.

6. Di Malaysia ini kambing kadjang adalah antara baka origin dan memiliki ketahanan untuk hidup yang sesuai dengan iklim dan cuaca di tanah bertuah ini. Oleh itu banyak kajian dilaksanakan bagi 'crossbreed' baka dari luar dengan baka kadjang tempatan. Hasilnya adalah baka yang sesuai untuk hidup dan membesar dengan jayanya di Malaysia.

7. Bijak pandai tanah air kita tak pernah berhenti berfikir untuk membangunkan usaha, menjamin bekalan makanan untuk rakyat negara kita. Ayuh kita sama-sama menyokong usaha mereka. Jom sama-sama belajar menternak.



Pengusaha
ACE RICH FARM
🇲🇾🫡

Jualan Lembu Korban 2024 ke 8 dan 9 dari Argrow Farm!2 ternakan lembu baka LID dengan berat 220Kg++. Callsign TOMO dan P...
06/06/2024

Jualan Lembu Korban 2024 ke 8 dan 9 dari Argrow Farm!

2 ternakan lembu baka LID dengan berat 220Kg++. Callsign TOMO dan POKKO! Menjadi pilihan pembeli sebagai ternakan korban mereka tahun ini. Harga termasuk urusan permit dan penghantaran terus ke tempat sembelihan InshaAllah🫡

Pembelian dari syarikat tempatan untuk ternakan korban terbaik bagi syarikat mereka. Allahuakbar

Masih tidak terlambat lagi untuk mendapatkan ternakan korban anda tahun ini. Sekiranya tuan dan puan berminat mendapatkan ternakan korban dari kami, boleh hubungi kami dipautan di bawah.

Bagitahu kami bajet anda, kami akan tawarkan ternakan dari jenis lembu, kambing atau biri-biri yang sesuai dengan bajet tersebut. InshaAllah.

http://www.wasap.my/601129592319/ARLembuKorban2024

Pengusaha
ACE RICH FARM
🫡😊🇲🇾

Jom belajar menternak.

Keputusan Pertandingan Teka Harga Kambing oleh Argrow Farm!1. Harga kambing Boer Full Blood callsign 'Black' ini bernila...
04/06/2024

Keputusan Pertandingan Teka Harga Kambing oleh Argrow Farm!

1. Harga kambing Boer Full Blood callsign 'Black' ini bernilai..RM65,700! Harga dimaklumkan sendiri oleh pihak Veterinar. Namun ianya bukan yang paling mahal pernah dijual dipasaran. Ada seekor lagi kambing yang serupa dengannya, callsign 'Cyclone' dijual dengan harga RM85,000 pada tahun 2022! Bukan biasa-biasa harganya. Dah boleh beli kereta Honda City cash tu. Huhu. Diumumkan 3 orang pemenang bertuah. Dimaklumkan tadi pemenang hanya satu, tapi ada rezeki lebih, kita kongsi lebih. Nama pemenang seperti berikut:

Ahmad Nurudin Juhari
Putre Uddin
Hazwan Wan Mc

PM saya di talian 01129592319 ya. Untuk urusan pemberian hadiah hehe.

2. Baka Boer tergolong dalam keluarga kambing (goat), di kenali sebagai kambing pedaging. Ini kerana isinya yang tebal dan lemaknya agak minimum, namun rata dengan komposisi daging. Kulitnya nipis dan berbulu halus. Tahan penyakit dalam pelbagai cuaca. Kebiasannya mempunyai badan putih dengan kepala coklat/koko. Mungkin antara sebab Black ni mahal sebab warna dia Rare dan cantik.

3. Berasal dari Afrika Selatan, Boer sebenarnya bermaksud Kambing petani dan diternak oleh penternak disana lebih dari 100 tahun yang lalu. Baka ini dikenali dengan kadar penambahan berat yang cepat, otot yang besar dan kadar peranakan yang tinggi. Boer selalunya melahirkan anak melebihi dari seekor iaitu kembar ataupun 3 ekor dalam 1 pusingan kelahiran.

4. Manakala Pure Blood merujuk kepada haiwan yang 100% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain. Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf. Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada kambing yang dipilih adalah benar-benar ‘full-blood’.

5. Kenapa harganya mahal? Sebab demo kenal bare..Haha... Baka yang baik akan melahirkan keturunan yang baik. Seekor 'bapak kandang' mampu membuntingkan sekurangnya 25 ekor betina boer or kacukan dengan baka yang lain. Anaknya juga akan mengikut genetik yang paling kuat, iaitu bapaknya. Harganya p**a bukan sewenangnya diletak sedemikian. Beliau ini telah melalui ujian makmal mengesahkan kekuatan genetik dan ketulenan darahnya sebagai pria kandang antara yang terhebat. Malah bebas dari penyakit. Haha

6. Bayangkan.. hasil hubungan halal dan direstui yang terjalin dengan 25 ekor betina itu menghasilkan 25 hingga 50 ekor anak bagi sekali pusingan yang memiliki ciri setidaknya 50% sama dengan bapaknya. Akan lahirlah anak-anak cross Boer F1 yang beratnya minimum 50Kg++. Untuk ternakan pedaging ni, sifir kiranya adalah makin berat ternakan, makin mahal harganya. InshaAllah.

7. Dan bagi baka-baka seperti ini, selain jualan daging memang ada harganya dipasaran. Dah jadi bapak kandang setahun, boleh dijual kepada kandang lain p**a hehe. Tak boleh duduk kandang yang sama lama-lama. Nanti inbreeding (sumbang mahram), ternakan akan makin mengecil dan terbantut..

Jom sama-sama belajar menternak😀



Pengusaha
ACE RICH FARM
🇲🇾🫡

Pakej Lengkap Urusan Aqiqah dan Lain-lain keperluan dari Argrow Farm!1. Bismillahirahmannirahim. Kami menawarkan perkhid...
30/05/2024

Pakej Lengkap Urusan Aqiqah dan Lain-lain keperluan dari Argrow Farm!

1. Bismillahirahmannirahim. Kami menawarkan perkhidmatan menguruskan aqiqah bagi mereka yang berhasrat melaksanakannya. Di ladang kami, kami menawarkan pilihan ternakan aqiqah iaitu kambing dan biri-biri yang berkualiti dengan harga mampu milik dan juga harga premium mengikut kemampuan anda. Lokasi kami di Hulu Langat dan Senawang. Kami berpengalaman menguruskan pembeli yang berhasrat dari seluruh Malaysia.

2. Bagi pembelian ternakan, harga adalah termasuk proses sembelihan yang diuruskan oleh Penyembelih Syar'ie Malaysia, lapahan dan pembungkusan. Penghantaran daging yang telah siap boleh dilaksanakan terus ke rumah anda dengan harga mengikut jarak dan lokasi. Kos penghantaran boleh dibincangkan. Sekiranya berhasrat untuk menghantar daging aqiqah yang telah siap diproses ke rumah asnaf dan anak yatim, inshaAllah kami boleh uruskan secara percuma.

3. Kami juga menawarkan perkhidmatan lengkap termasuklah menyediakan hidangan dengan daging aqiqah tersebut dan juga tawaran bagi kambing/biri-biri golek. Harga bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Sepanjang pelaksanaan aqiqah itu, kami akan mengemaskini proses sembelihan, lapahan dan juga penghantaran dengan bukti gambar dan video serta sijil pelaksanaan. InshaAllah.

Hubungi kami dipautan dibawah bagi sebarang pertanyaan lanjut:
http://www.wasap.my/601129592319/ARAqiqahKambingBiri

Mohon tuan dan puan yang mulia untuk like dan share post ini. Semoga kebaikan tuan dan puan menyokong perusahaan kami dibalas dengan kebaikan dari Allah swt dunia dan akhirat.

Pengusaha
ACE RICH FARM

Tawaran kerja di Argrow Farm!Kami menawarkan peluang kerja di ladang kami bertempat di Rembau Negeri Sembilan. Sekiranya...
22/05/2024

Tawaran kerja di Argrow Farm!

Kami menawarkan peluang kerja di ladang kami bertempat di Rembau Negeri Sembilan. Sekiranya tuan dan puan berminat boleh hubungi saya di pautan dibawah. InshaAllah gaji yang ditawarkan setara dengan kerja. Makin tinggi kebolehan makin tinggi gaji.😀

http://www.wasap.my/601129592319/ARJawatanPengurusLadang

Mohon sahabat dan taulan kongsikan iklan ini. Semoga ianya sampai kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Pengusaha
ACE RICH FARM
😀

Jualan Daging Biri-Biri Segar Dari Argrow Farm!Kami menawarkan jualan daging biri-biri segar dari ladang dengan harga ma...
20/05/2024

Jualan Daging Biri-Biri Segar Dari Argrow Farm!

Kami menawarkan jualan daging biri-biri segar dari ladang dengan harga mampu milik seperti dipaparan iklan promosi. Penghantaran boleh diuruskan dengan harga berpatutan. Berminat sila hubungi kami di pautan di bawah:

http://www.wasap.my/601129592319/ARDagingBiriSegar

Pengusaha
ACE RICH FARM
🫡🇲🇾

Jualan AR Lambshank Terbesar dari Argrow Farm!Rezeki Allah swt di pagi isnin permulaan minggu ini. Dapat panggilan dari ...
20/05/2024

Jualan AR Lambshank Terbesar dari Argrow Farm!

Rezeki Allah swt di pagi isnin permulaan minggu ini. Dapat panggilan dari pembeli di Johor, berhajat untuk membeli AR Lambshank. Alhamdulillah terus membeli 35Kg dengan harga baik yang kami tawarkan.

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Terima kasih atas sokongan anda!

http://www.wasap.my/601129592319/ARLambshank

Pengusaha
ACE RICH FARM
😊🫡🇲🇾

Alhamdulillah sempat menjamu bloodbrother No 1 Squadron makan Nasi Arab Lambshank padu teruk dari Al Buraq  Restaurant S...
19/05/2024

Alhamdulillah sempat menjamu bloodbrother No 1 Squadron makan Nasi Arab Lambshank padu teruk dari Al Buraq Restaurant Sri Sendayan. Kecewa sikit sbb nasi arab ikan dah habis. InshaAllah next kita repeat lagi sir.

Tengah meneroka peluang untuk Argrow Farm bekalkan daging unta untuk pasaran nasi arab Malaysia. InshaAllah tak lama lagi. Usaha diteruskan😊

Pengusaha
ACE RICH FARM
🫡🇲🇾

Sekiranya berminat bersama perjuangan kami di Argrow Farm dan semua cabang perniagaan kami di Afdal Rezeki Sdn Bhd, bole...
18/05/2024

Sekiranya berminat bersama perjuangan kami di Argrow Farm dan semua cabang perniagaan kami di Afdal Rezeki Sdn Bhd, boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut.

http://www.wasap.my/601129592319/ARGROWPROJECT

Pengusaha
ACE RICH FARM
😊🫡🇲🇾

Teh tarik session dengan orang kuat Surau Peserai Darat, Batu Pahat. Perancangan bagi pelaksanaan ibadah Korban 2024 tah...
18/05/2024

Teh tarik session dengan orang kuat Surau Peserai Darat, Batu Pahat. Perancangan bagi pelaksanaan ibadah Korban 2024 tahun ini. InshaAllah ternakan dari Argrow Farm🫡 Semoga dipermudahkan🇲🇾😊

Ayuh Bersama Ngauman Harimau Putih!Kolaborasi Argrow Farm ft Kelab Pencak Silat UPNMHarga pasaran RM40Untuk pre order RM...
18/05/2024

Ayuh Bersama Ngauman Harimau Putih!

Kolaborasi Argrow Farm ft Kelab Pencak Silat UPNM

Harga pasaran RM40

Untuk pre order RM38 sahaja!

Berminat tekan pautan dibawah🫡

http://www.wasap.my/601129592319/ARftWhiteTiger

Pengusaha
ACE RICH FARM
😊🫡🇲🇾


Maintenance of Morale 🏡🐐🐂🐄🏡1. Kondisi moral yang baik adalah keadaan minda yang positif yang lahir dari ketenangan, kege...
17/05/2024

Maintenance of Morale 🏡🐐🐂🐄🏡

1. Kondisi moral yang baik adalah keadaan minda yang positif yang lahir dari ketenangan, kegembiraan dan kemahuan hidup yang dipenuhi. Dalam dunia penternakan, moral binatang ternakan perlu dijaga sebaiknya agar ia sihat menjalani kehidupan dan menjalani proses tumbesaran yang terbaik. Oleh itu moral ternakan perlu dijaga setiap hari.

2. Moral penternak? Hang jaga la sendiri🤣Gurau je. Moral penternak juga akan baik apabila ternakannya membiak dengan baik, sihat dan besar fizikalnya serta akhir sekali menepati tujuannya untuk ternakan dijual dengan harga yang tinggi. Dompet yang tebal bukan sahaja mengembirakan penternak, malah keluarganya juga ada meningkat naik moralnya🤣

3. Bagi ternakan, selain kandang yang bersih dan selesa, antara perkara yang boleh menjaga moral dan menjadikan ternakan lebih ceria adalah sumber MAKANAN. Lumrah menjaga kehidupan, makanan adalah perkara yang paling penting yang menentukan kesihatan dan kesejahteraan ternakan. Kos makanan juga merupakan kos utama dalam proses ternakan kerana ia penyumbang utama kepada kos operasi.

4. Bagi sistem ternakan intensif (berkurung), nak taknak bekalan makanan perlu disediakan setiap hari. Keperluan jumlah makanan p**a perlulah bergantung kepada jumlah dan saiz ternakan. Untuk mudah faham, langkah pertama kirakan keperluan makan 1 ekor ternakan dahulu, kemudian jumlahnya digandakan mengikut jumlah ternakan.

5. Dari pelbagai kajian yang dirujuk, seekor kambing dewasa memerlukan antara 4 - 5 kg rumput segar sehari. Bergantung juga kepada berat ternakan tersebut. Untuk kekerapan p**a, kebiasaannya pemberian makanan adalah sebanyak 2-3 kali sehari. Sifirnya begini, makin banyak makanan berprotein dan sihat diberi, makin sado dan berisi ternakan menjadi.

6. Seperti manusia di Tanah Melayu yang makanan rujinya adalah nasi, di tanah ini juga makan asas bagi ternakan adalah rerumput, dedaun dan kekacang sebagai penyumbang utama nutrisi. Antara jenis rumput yang digilai ternakan ruminan di negara ini adalah rumput napier/rumput gajah, rumput minyak/humidicola, rumput kuda/rumput guinea dan rumput kerbau/cow grass. Jenis dedaun p**a adalah daun balik angin, daun gelang/akasia dan daun mulberi. Jenis kekacang p**a adalah glasidia, petai belalang dan simpoh air.

7. Daun sawit juga antara sumber makanan bagi ternakan ruminan. Perkara ini sepatutnya dijadikan peluang kepada pengusaha sawit untuk menggandakan pendapatan. Disamping mengusahakan tanaman sawit, daunnya boleh dijadikan bekalan makanan kepada ternakan, dan najis dari ternakan boleh dijadikan baja kepada pokok sawit. Hasilnya serampang dua matakan?

8. Bagi penyediaan makanan p**a ada pelbagai kaedah dan cara. Seperti nasi, yang boleh dimakan dengan tambahan lauk dan pelbagai resipi gorengan untuk menambah selera, begitu penyediaan makan ternakan. Yang penting selidiki dan kaji kandungan protein dan zat didalamnya.

9. Selain makanan ruji, tambahan mineral yang lain boleh juga diberi kepada ternakan. Terdapat pelbagai jenis galian mikro dan makro dapat melengkapi keperluan nutrisi. Antara yang paling asas adalah pemberian garam atau sos bilis malah cincalok untuk menambah perasa.

10. Sumber makanan perlulah diadunkan dengan keadaan sekeliling dan mudah digapai serta mudah diolah untuk menghasilkan ransum makanan yang seimbang. Sebaiknya setiap penterna perlu memiliki simpanan dan kawasan ‘food bank’ nya sendiri yang diwujudkan berpandukan sistem penanaman terancang. Agar bekalan makanan dapat diperoleh secara konsisten dan tidak putus.

11. Sekiranya ingin mendapatkan softcopy rujukan buku F***r, Pastura dan Kekacang untuk ternakan dan buku Kandungan Nutrien Bahan Makanan Ternakan di Malaysia serta Panduan Pemberian Makanan Kepada Ternakan, boleh hubungi admin di talian 011-29592319. Buku ini dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang akan saya kongsikan secara percuma😊🙏🏻

Pengusaha
ACE RICH FARM
🫡🇲🇾

Address

Kampung Air Sekapas
Rembau
71300

Telephone

+601129592319

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ACE RICH FARM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ACE RICH FARM:

Share

Category