Ayam Gepuk Cabai Menangis

Ayam Gepuk Cabai Menangis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ayam Gepuk Cabai Menangis, Food & Beverage, Rompin.

📍 No. 9, Jalan Masjid, Bandar Satelit Muadzam Shah (Sebelah pasaraya CY)

🕘 Masa operasi:
Setiap hari kecuali Sabtu
⏰ 10.00 pagi – 5.30 petang

https://bit.ly/35qTCtX

Dekat kedai kami, semuanya Anak Muda yang bertugas memastikan jualan berlaku setiap hari.Dekat sini bukan semata mata te...
18/12/2025

Dekat kedai kami, semuanya Anak Muda yang bertugas memastikan jualan berlaku setiap hari.

Dekat sini bukan semata mata tempat untuk bekerja, tapi di sini tempat untuk menimba seberapa banyak ilmu untuk bekalan kepada anak muda ini boleh membuka banyak lagi peluang bisnes pada masa akan datang.

Kepada pelangan kami, terima kasih bagi kami peluang, setidaknya membantu anak muda ini membina masa depan mereka, selain dapat gaji untuk menyara diri dan keluarga.

Maaf kalau ada salah silap, sebab kami budak budak baru belajar, kepada yang tua tolong ajar kami mengikut adat dan cara yang betul.

15/11/2025

Esok In Sya Allah, saya nak bagi minuman percuma, saya sediakan air balang dekat luar ye.. kalau datang pun bayar makan sahaja.
Kalau berkelapangan datang la kedai esok.

14/11/2025

Salam semua, saya nak bagi nasi percuma kepda ibu2 MENGANDUNG.
Nanti sampai kedai, pergi dekat kauter.
Bagi tahu Kami,
Nanti kita bagi nasi ayam gepuk atau nasi ayam secara percuma

Sedetik untuk hari ini, Terima kasih memilih kami untuk menjamu selera.
13/11/2025

Sedetik untuk hari ini,
Terima kasih memilih kami untuk menjamu selera.

12/11/2025

Hari Ahad ni saya nak bagi minuman percuma, kira datang kedai bayar makan sahaja, saya sedia air balang dekat luar Okey.,🥰

Boleh ke gitu.

Bagi yang tidak tahu lagi lokasi kami, save saja link ini:
12/11/2025

Bagi yang tidak tahu lagi lokasi kami, save saja link ini:

Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.

Aduhh bertambah selera
11/11/2025

Aduhh bertambah selera

11/11/2025

Kicap untuk nasi ayam gepuk, kicapnya kami buat sendiri,
Jadinya kicap kami tiada dekat mana2 pasaran seluruh dunia ni..

Peminat nasi ayam hainan, katanya dalam seminggu mesti ada datang makan..
11/11/2025

Peminat nasi ayam hainan, katanya dalam seminggu mesti ada datang makan..

"Sorry la. Tak makan ikan sungai. Hanyir"."Aku takkan makan petai plastik tu. Hancing"."Eiii...kuatnya bau tempoyak ni. ...
10/11/2025

"Sorry la. Tak makan ikan sungai. Hanyir".
"Aku takkan makan petai plastik tu. Hancing".
"Eiii...kuatnya bau tempoyak ni. Pening".
"Makanan sini semua tak sedap. Tak puas hati langsung aku".
"Ikan jenis macam tu aku bagi kucing aku je makan".

Ada. Memang ada orang macam ni. Apa saja yang dia punya, bagus. Apa saja yang orang ada, tak elok. Menghinanya tu bukan setakat terhenti pada sifat dan barang, lalu akhirnya jatuh pada menghina rezeki Tuhan. Makanan.
Saya ingat lagi seorang kawan ni. S**a makan rebung. Satu hari masa dia tengah makan dekat dalam pantri, ada kawan lain masuk. Kawan yang ni kata," Eh...apa bau hancing ni?". Saya tengok kawan ni tutup bekas makanan dia. Perlahan-lahan pergi buang dalam tong.

Lepas tu setiap kali makan, dia duduk di kaunter atau kantin. Makan sorang-sorang. Malu nak join makan dalam pantri lagi.
Dulu ada orang datang rumah ayah. Dia bawa makanan 2-3 bekas dari kampung. Dia suruh panaskan. Ajak makan sama-sama. Masa nak panaskan tu, salah satunya basi.

Saya tengok ayah ambik, simpan dekat tempat beku.
Masa dia tanya mana lagi satu lauk, ayah saya bukak peti dan tunjuk makanan dekat tempat beku tu.

"Ni lauk dah banyak. Yang ni simpan tempat beku. Ni feveret ni. Nanti aku panaskan sikit-sikit kendian nanti".

Bila orang tu dah balik, baru ayah buang lauk yang dah basi tu.
Dulu saya tak faham. Kenapa tak cakap jujur je makanan tu basi. Kan berkata benar itu benar.

Sekarang bila saya dah tahu masak. Dah tahu penatnya masak. Dah tahu penatnya cari duit untuk beli barang masak. Dah tahu masak itu bukan setakat masak tapi ada ingatan, kasih sayang, panas, letih dan semuanya, saya faham. Apa yang ayah buat tu betul.

Kita ada baki sikit pun makanan yang kita masak dah tak elok, sayang dan sedih rasa nak buang. Apatah lagi kalau makanan satu bekas dah rosak.

Tentu orang itu pun akan suruh buang kalau tahu makanan tu basi. Pasti dia tak teragak-agak suruh letak dalam tong sampah.
Tapi memikirkan susah payah, ingatan, seronoknya, bahagianya dia masak nak bagi orang jauh ni makan, menjaga hati dia adalah pilihan yang lebih baik pada masa itu.
Sifat ayah itu menjadikan kami rasa semua makanan sedap. Tak ada yang tak sedap. Semua okay. Masin, tawar, manis, pahit, cukuplah rasa di tekak. Lalu simpan di hati.

S**a, makan.
Tak s**a, sorok-sorok letak tepi.

Ada benda. Kena belajar tahan mulut kita. Lagi-lagi benda milik orang. Yang kita, s**a hati kitalah kita nak komplen apa. Yang orang punya, tahanlah.
Jangan sebut.

Itulah akhirnya tanda kita orang yang memiliki adab dan peribadi.

Kredit: Siti Suryani Yaakop

Sape pernah makan nasi ayam hainan dekat kedai kami, komen sat boleh ke.
10/11/2025

Sape pernah makan nasi ayam hainan dekat kedai kami, komen sat boleh ke.

Address

Rompin
26700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayam Gepuk Cabai Menangis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ayam Gepuk Cabai Menangis:

Share