15/01/2026
Alhamdulillah . Siap dah Kek Lapis Serpihan Kasih.
Resepi bukan PJJ .. Kek baru siap masih panas² lagi.
Tips untuk masak sepenuhnya .
Blia sudah siap melapis dan bakar tutup permukaan kek memggunakan loyang / aluminium foil. Supaya kek tidak over bake/ hangus atau keperangan. Bakar semula kek selama 15 minit menggunakan api atas dan bawah ( kipas on ) . Setelah selesai alihkan aluminium foil/loyang dan bakar semula menggunakan api atas dan bawah selama 7 minit ( kipas off ). Keluarkan kek dari oven dan biar sekejap sebelum keluarkan kek dari loyang. Biar kek selama 4 ke 5 jam suhu bilik . Sudah sejuk baru masukkan kek ke dalam petisejuk selama 6 jam atau lebih. ( terpulang pada masa diri sendiri ). Untuk potongan kek yang cantik sila pastikan pisau tajam. Bersihkan pisau menggunakan tisu/kain khas dan panaskan pisau setiap kali selepas memotong kek terutama kek yang mengandungi keju/cheese. Supaya potongan nampak kemas dan licin.