07/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan rasa syukur dan penuh penghargaan, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah memberikan sokongan, kepercayaan dan kesetiaan kepada Restoran Ayam Berempah Kak Ena Sejati Walk sepanjang kami beroperasi.
Setiap kunjungan, tempahan, kata-kata semangat dan sokongan daripada anda amat bermakna buat kami. Kehadiran anda bukan sekadar pelanggan, malah menjadi sebahagian daripada perjalanan dan kenangan yang tidak akan kami lupakan.
Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa Restoran Ayam Berempah Kak Ena Sejati Walk telah ditutup sepenuhnya dan tidak lagi beroperasi bermula hari ini.
Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat. Namun, kami percaya setiap pertemuan dan perjalanan pasti mempunyai noktahnya. Kami amat menghargai segala kenangan indah yang telah tercipta bersama anda semua.
Dari lubuk hati yang paling dalam, kami memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kami memberikan perkhidmatan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.
Semoga kita dipertemukan lagi dalam rezeki dan kesempatan yang lain.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
Kak Ena & Warga Kerja Restoran Ayam Berempah Kak Ena Sejati Walk ❤️
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap kenangan akan kekal dalam ingatan.”