16/05/2026
🍲✨Sedang mencari pilihan makanan yang diiktiraf SELAMAT dan BERKUALITI di Sabah? Jom semak senarai rasmi kami!🌟
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Sabah komited memastikan keselamatan makanan anda. Kami telah menyediakan satu senarai berpusat yang merangkumi premis makanan dan pengusaha makanan yang diiktiraf di seluruh Negeri Sabah.
Apa yang ada dalam senarai ini?
✅ Pemegang Sijil Pengiktirafan BeSS (Bersih dan Selamat)
✅ Pemegang Sijil Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food)
✅ Pemegang Pensijilan Trust MyCatering
"Cek sebelum beli dan pilih!" Pastikan anda memilih premis yang diiktiraf untuk ketenangan fikiran anda dan keluarga.
📲 Bagaimana nak semak? Senang sahaja!
Hanya IMBAS KOD QR di dalam poster ini menggunakan kamera telefon pintar anda untuk akses terus ke senarai yang terkini.
📆 Senarai ini akan DIKEMASKINI SECARA BULANAN oleh kami untuk memastikan maklumat yang tepat.
Sebarkan maklumat ini kepada rakan dan keluarga anda agar kita semua dapat membuat pilihan makanan yang bijak dan selamat.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian: 088-248201 / 203 / 204 / 205.