23/04/2026
Alhamdulillah… dari hari pertama perancangan, meeting demi meeting, sampai lah ke hari kejadian—semua usaha, penat lelah, dan kerjasama akhirnya membuahkan hasil yang sangat memuaskan ❤️
Bermula dengan idea kecil, kita sama-sama turun padang, pasang kanopi, gotong-royong siapkan persediaan… walaupun banyak dugaan datang silih berganti, tapi semangat AJK s*k pernah padam. Semua tetap berdiri kuat, saling bantu, dan terus berusaha sampai majlis ramah tamah tok berjaya dilaksanakan dengan baik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat—yang s*k kenal erti penat, kepada wakil MyKiosk Taman Riadah Taman Susur Jambu Sarikei .. En Azahar As Bundle ..jutaan terima kasih dari kami KRT Taman Susur Jambu Indah Fasa 2 Sarikei kerana sudi bekerjasama...yang sentiasa bagi komitmen penuh, dan yang tetap bertahan walaupun keadaan mencabar. Tanpa ktkorg semua, mustahil benda tok dapat jadi seindah tok.
Semoga apa yang kita buat tok jadi kenangan manis dan bukti bahawa bila kita bersatu, apa pun cabaran boleh kita tempuhi 💪
Ingat… kejayaan bukan datang dari kesenangan, tapi dari kesungguhan dan ketabahan. Terus kuat, terus melangkah, dan jangan pernah berhenti percaya dengan usaha diri sendiri.
Tahniah semua! Kita dah buktikan—kita mampu 💙