10/08/2021
Shalom semuanya dan Salam Perpaduan bagi Negeri Di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang tidak lupa juga bagi Tanah Semenanjung Malaya. Salam Bulan Merdeka!!!
Merangkap jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan kami sokongan dan dorongan dalam bentuk apa pun demi memberikan kami kejayaan yang berharga. Nilai yang tidak terhingga adalah hadir dalam hidup anda yang menjadikan kami sebagai pembekal makanan anda. Ucapan yang terbaik dari anda bagi kami sangat memberikan kami inspirasi. Di dalam bulan Kemerdekaan yang penuh bermakna ini, kami mahu merendahkan diri sekali lagi untuk mengambil kesempatan menyampaikan makluman khusus untuk setiap pelanggan dan followers JW Borneo Smoked HOUSE.
Ingin kami memaklumkan bahawa, premis kami akan ditutup sementara waktu mengikut ketetapan di bawah ini :
Tarikh Tutup : 14hb Ogos 2021 (Sabtu)
Tarikh Buka Semula : 13hb November 2021 (Sabtu)
Demi mengutamakan tugas hakiki, dan memberikan perhatian kepada sektor pengurusan awam, kami mengambil keputusan ini untuk membuat penutupan sementara waktu. Premis ini akan dibuka semula mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan pre-order boleh di buat 2 minggu sebelum.
Terima kasih untuk perhatian dan kesetiaan anda bersama kami. Sebarang pertanyaan boleh berhubung lanjut dengan kami melalui inbox yang disediakan.
Tuhan memberkati.
Pihak Pengurusan
W&E Borneo Enterprise