03/01/2023
Keju merupakan antara produk tenusu yang sangat popular yang kaya dengan zat seperti kalsium, lemak dan protein. Keju juga dalah antara bahan yang sering digunakan dalam masakan diseluruh dunia. Di Malaysia keju digunakan sebagai bahan utama dan juga sampingan dalam sesebuah hidangan. Keju juga mempunyai banyak jenis dan kegunaannya. Mari kita mengenali semua jenis keju yang popular di Malaysia. Tak kenal maka tak cinta kan?😆
Terdapat enam jenis keju yang popular di Malaysia ini:
1)Keju Cheddar
Keju Cheddar adalah keju yang keras dan selalu dipasarkan dalam bentuk blok. Ianya berwarna kuning pucat hingga kuning keemasan dan rasanya sedikit kuat berbanding keju lain. Ianya dipasarkan secara meluas di United Kingdom. Malah, di Malaysia sendiri, keju Cheddar turut menempa populariti kerana penggunannya yang meluas dalam kebanyakan makanan. Contoh kegunaan keju ini ialah mac & cheese, cheesy wedges, kek keju, spaghetti carbonara, cheese burger, biskut dan pizza. Kebanyakannya diparut dan diletakkan di atas hidangan ini.
2) Keju Ricotta
Perkataan Ricotta adalah daripada bahasa latin iaitu recocta yang bermaksud dimasak semula. Keju ini berasal dari Itali yang dibuat dari whey susu biri-biri, lembu, kambing, atau kerbau air Itali iaitu protein sisa penghasilan keju termasuk albumin dan globulin. Keju yang terhasil ini memiliki rasa yang tidak terlalu manis dengan tekstur yang lembut dan warna yang putih seperti salju. Kandungan lemak berubah mengikut jenama dan jenis susu yang digunakan. Keju Ricotta dapat dimakan begitu saja ataupun digunakan dalam lasagna, cannoli dan hidangan lainnya.
3)Krim Keju
Krim keju merupakan bahan yang wajib ada dalam kebanyakan kek keju yang viral termasuk cheesecake AIZ 30 MAJU Enterprise. Ianya merupakan keju segar yang lembut dan lazat yang diperbuat daripada susu dan krim. Antara jenama keju krim yang popular ialah Philadelphia, Anchor dan Tatura. Keju krim ini sesuai digunakan untuk kek keju tanpa bakar, roti dan juga sesuai digunakan sebagai spread untuk roti.
4) Keju Mascarpone
Keju Mascaporne ini kelihatan sama seperti keju krim, namun berbeza dari segi bahannya. Kualitinya juga lebih tinggi berbanding keju krim. Ianya adalah keju lembut Itali yang terbuat dari krim yang dibekukan dengan penambahan bahan berasid seperti jus lemon, cuka, atau asid sitrik. Keju Mascarpone dapat dicampurkan dengan hidangan manis untuk menambahkan rasa berkrim. Ianya juga sesuai digunakan sebagai frosting untuk kek atau kek cawan.
5) Keju Mozarela
Keju Mozarela ini sendiri sebenarnya berasal dari selatan Itali dan secara tradisinya dibuat dari susu kerbau Itali. Jika kualitinya terbaik, warnanya ialah putih tetapi boleh menjadi kekuningan kerana diet haiwan. Keju jenis ini pasti sudah biasa anda dengari, ianya kerap digunakan dalam kebanyakan hidangan terutamanya hidangan Itali. Ianya mempunyai rasa kemanisan susu yang sangat bagus digunakan untuk ditaburkan di atas pizza dan salad.
Jenis hidangan lain yang menggunakan keju ini termasuklah corn dog, cheese ball, enchiladas, risotto dan potato croquettes.
6) Keju Parmesan
Keju ini merupakan keju versi Inggeris untuk keju Parmigiano-Reggiano yang merupakan keju asli yang dikeluarkan di beberapa daerah di Itali. Keju Parmesan ini merupakan inspirasi daripada keju tersebut. Ianya mempunyai tekstur yang keras dan rapuh serta rasa kekacang yang sedikit berlemak dan masin. Ianya digunakan dalam makanan dalam bentuk parutan dan juga turut digunakan sebagai topping disebabkan oleh teksturnya yang keras. Antara hidangan yang menggunakan keju Parmesan ialah pizza, biskut, kek keju, cheese sticks, pasta, garlic bread dan lasagna.
Jadi anda telah pun mengenali hampir kesemua jenis keju yang popular di Malaysia ini. Ianya sangat menarik sekali kan?🤩
Jangan lupa untuk like and share posting ini kepada penggemar penggemar keju di luar sana di page kami:
https://www.facebook.com/AIZ30MAJUEnterprise