12/11/2025
๐ข PENGUMUMAN RASMI DARIPADA HQ MAMASAB
Kepada para pelanggan dan peminat Brownies Mamasab,
Dengan penuh rendah hati, kami ingin memaklumkan bahawa semua produk Brownies Mamasab iaitu Brownies Lagenda, Brownies Extra Drizzle dan Brownies Magika akan dihentikan pengeluaran secara rasmi bermula 1 Disember 2025 (Isnin).
Selama 8 tahun perjalanan ini, Brownies Mamasab telah menjadi antara produk kegemaran ramai sejak era Sabrina Bakery lagiโจ
Pihak Mamasab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menjadikan Brownies Mamasab sebahagian daripada momen bahagia anda.
Kami mendoakan agar kebahagiaan terus mengiringi anda, sebagaimana kami pernah menjadi pelengkap kebahagiaan anda melalui setiap potongan brownies yang dihidangkan.
Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus โค๏ธ
Dengan penuh kasih,
Mamasab International Sdn Bhd