A&B Catering

A&B Catering Catering Service

26/11/2022

Puding Kiwi.. Sedap sangat.. Terasa masam2 manis buah kiwi.. Sejuk2 makan.. Yummyy

PUDING KIWI

BAHAN A

10g agar-agar tali - rendam 1 jam
1/2 cawan gula
3 1/2 cawan air
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
5 - 6 biji buah kiwi - hiris bulat nipis

CARA2 :

👉masak agar2 dgn air hingga larut agar2
👉masuk gula..kacau2
👉masuk garam
👉letak sedikit pewarna hijau
👉kacau rata..tutup api
👉tuang sedikit agar2 dlm loyang..biarkan keras sedikit
👉susun buah kiwi dlm loyang/acuan..ikut kreativiti sendiri
👉tuang habis agar2 tu dlm loyang tadi.. Biarkan sederhana beku

BAHAN B :

10g agar-agar tali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 cawan susu segar dlm kotak (nak guna susu cair 1 tin)
1 sudu besar tepung kastard - bancuh dulu dgn air
Secubit garam

CARA2 :

👉seperti biasa masak agar2..kemudian letak gula..kacau rata
👉tuang susu segar..masuk tepung kastard..secubit garam
👉sentiasa kacau agar tepung kastard tidak berketul
👉tuang perlahan2 atas agar2 tadi..bekukan
👉masuk dlm peti sejuk sampai mengeras
👉terbalikkan loyang untuk mengeluarkan puding.. Buat perlahan2
👉potong ikut suka..sedia menikmatinya ☺

kredit : Zura Zul

26/11/2022
26/11/2022

Puding karamel tanpa telur

Bahan A (karamel)
3 sdb gula
2 sdb air

Masak atas api kecik hingga perang n sejukkan..
Bahan B (puding)
10g agar2 tali
4 cwn air
1/2 cawan gula
1/2 cwn susu pekat
1 tin susu cair
1 sdk asen vanila
2 sdb tepung kastad

Caranya:-
Satukan semua bahan B kacau selalu bila adunan dah didih dah nampak sedikit pekat tutup api..
Tapis dan tuang ke dlm loyang berisi karamel td...sejukkan dlm 3-4 jam...ok siap.

Kredit resepi: Cik puan julieta

Ads: Sejak ada Mi TV Stick , memasak pon jadi kejap je. Sambil masak sambil layan macam2 channel kt tv tau. https://shope.ee/fqnCcpEgK

26/11/2022

KUIH SAGU MATA IKAN
════•❁🌸⚘🌼❁•════
════•❁🌸⚘🌼❁•════

Bahan-bahan membuatnya:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)

Cara-cara membuatnya:
1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.
jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.
6. Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama gak ahh masa yang diambil.so bersabar bebanyak k.
7. Sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama-sama kelapa putih.
9.Siap untuk dihidangkan

Foto dapur kakzura

12/10/2022

RESEPI AYAM MASAK SERAI
========================

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.

Menu 14hb
22/05/2022

Menu 14hb

22/05/2022

Catering open house 22hb menu
Nasi tomato
Aym masak merah
Acar
Buah
Tea tarik
Air limau asam boi
Menu
Nasi tomato
Aym rendang
Daging rendang
Ketupat
Lontong
Kuah kacang
Utk 130 pack tq yg sudi order cik Matt dgn shima..

22/05/2022

Catering hari Sabtu 14hb..menu
Nasi briani
Aym masak merah
Daging kurma
Acar
Buah
Utk 120 pack
TQ tasya kerana sudi guna khidmat

Address

Semenyih

Opening Hours

Monday 14:30 - 20:00
Tuesday 14:30 - 20:00
Wednesday 14:30 - 20:00
Thursday 14:30 - 20:00
Friday 14:30 - 20:00
Saturday 14:30 - 20:00
Sunday 14:30 - 20:00

Telephone

+60132735468

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A&B Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category