16/04/2026
Salam sejahtera kepada pihak TM , Unifi @
Perkara ini telah dimaklumkan berulangkali , namun sehingga kini belum ada tindakan diambil oleh pihak TM (kontraktor).
Untuk makluman , tiang ini telah rebah bersama wayar kini menghalang kenderaan dan pengangkutan ke premis kami sekaligus menjejaskan operasi perniagaan secara serius.Situasi ini bukan sahaja menyusahkan malah boleh membahayakan keselamatan.Kami mendesak pihak TM untuk mengambil tindakan segera sebelum perkara ini menjadi lebih buruk .Sekiranya masih tiada tindakan , pihak kami terpaksa membawa perkara ini ke pihak yang berwajib.
Sekian dan harap maklum.