02/11/2022
PULUT KUNING
1kg beras pulut - cuci dan rendam dengan serbuk kunyit minimum 4 jam sebelum kukus
3 helai daun pandan
1/2 kg santan pekat
Garam
1 sudu gula
1. Kukus beras pulut yang dah direndam bersama daun pandan. Sementara pulut masak panaskan santan dengan api yang perlahan.
2. Kacau jangan berhenti untuk elakkan santan mendidih dan berketul (tak perlu masak sampai mendidih, cukup setakat panas untuk elakkan santan cepat basi dan pulut tahan lebih lama).
3. Masukkan garam dan gula.
*Fungsi gula bukan untuk memaniskan tapi lebih kepada untuk menyeimbangkan rasa.
*Lebihkan sikit garam di dalam santan sebab kalau garam setakat ngam2 rasanya, bila dah gaul dengan pulut jadi kurang rasa masinnya.
RENDANG AYAM
1 ekor ayam - cuci dan goreng tapi jangan garing
*15 tangkai cili kering - potong buang biji dan rendam dalam air panas
*3 batang serai
*1 1/2 inci halia
*1 1/2 inci lengkuas
*1 inci kunyit hidup
*5 labu bawang besar
2 paket kerisik
400gm santan pekat
1 paket rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
Garam
Daun kunyit
Serbuk perasa
1. Kisar bahan yang bertanda * . Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan.
2. Masukkan bahan kisar. Masak sampai naik minyak. Masukkan santan dan kerisik (tambahkan air panas sikit).
3. Bila dah mendidih, masukkan ayam yang dah digoreng. Masukkan daun kunyit, garam dan perasa. Masak sampai kuah menjadi pekat.
Resepi & foto : Salmiah Baharom