07/10/2026
5 Oktober 2026 | Daily Fresh @ A-Maize-Ing Agro Pendidikan Pelancongan
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, atas kesudian meluangkan masa untuk berkunjung ke Daily Fresh @ Agro Pendidikan Pelancongan pada 5 Oktober 2026.
Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, bersama delegasi dan pegawai-pegawai yang turut meluangkan masa mengadakan lawatan ke premis kami.
Kunjungan ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna buat seluruh warga Daily Fresh. Kesudian YB serta pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti, usaha dan inisiatif yang dijalankan di Daily Fresh @ A-Maize-Ing Agro Pendidikan Pelancongan amat kami hargai.
Kami percaya bahawa hubungan erat antara pihak industri dan agensi kerajaan merupakan pemangkin penting dalam memperkukuh sektor pertanian, industri asas tani serta pembangunan agropelancongan di Negeri Johor.
Lawatan ini juga menjadi satu suntikan semangat buat kami untuk terus berusaha memperkembangkan potensi pertanian, pendidikan, keusahawanan dan agropelancongan, di samping mewujudkan pengalaman yang bermanfaat kepada masyarakat dan generasi akan datang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Tuan Haji Yosri bin Mohd serta seluruh delegasi dan pegawai Jabatan Pertanian Negeri Johor atas kesudian berkunjung, memberi perhatian serta berkongsi pandangan bersama pihak Daily Fresh.