Pes Masakan by Fabellaz

Pes Masakan by Fabellaz Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pes Masakan by Fabellaz, Food Delivery Service, Taman mawar, Sepang.

Worder ni Kita simpan sesiap dalam list label wasap Supaya tak cicir bere. Rugilah siapa tak nempoh dari sekarang pasaln...
28/03/2024

Worder ni Kita simpan sesiap dalam list label wasap Supaya tak cicir bere. Rugilah siapa tak nempoh dari sekarang pasalnya Esok kita finalise dah order. Kasi Close. 😊

Buat korang yg nega, buat labelkan lah kastemer uolls. Senang. Tak yah scroll dah ke bawah.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Kareem😊 kata kata motivasi harini
27/03/2024

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Kareem😊 kata kata motivasi harini

Dalam banyak banyak ni mana yang Korang belum pernah cuba?Acu citer cu citer.
26/03/2024

Dalam banyak banyak ni mana yang Korang belum pernah cuba?

Acu citer cu citer.

Salam Ramadhan Kareem. Moga diperkenankan segala permohonan dan diampunkan dosa. Amin🤲
25/03/2024

Salam Ramadhan Kareem. Moga diperkenankan segala permohonan dan diampunkan dosa. Amin🤲

Semoga korang juga dikurniakan rumah tangga yang bahagia dunia akhirat. Sakinah, Mawaddah, Warahmah. Amin🤲
24/03/2024

Semoga korang juga dikurniakan rumah tangga yang bahagia dunia akhirat. Sakinah, Mawaddah, Warahmah.

Amin🤲

23/03/2024

Setiap orang ada ujian yang berlainan. Berhenti meratapi kekurangan yang kita miliki, mulailah mensyukuri jutaan nikmat yang telah Allah beri. 😊

Anak akan belajar menganjing ibu, bila mereka nampak si ayah menganjing ibu.Anak akan belajar melawan ayah, bila nampak ...
18/03/2024

Anak akan belajar menganjing ibu, bila mereka nampak si ayah menganjing ibu.

Anak akan belajar melawan ayah, bila nampak ibu banyak melawan ayah.
Anak akan mengarah-ngarah ibu bila nampak ayah selalu mengarah-ngarah ibu.

Anak juga akan belajar berdalih dan menipu bila nampak mak ayah selalu berdalih dan menipu.

Sebaliknya, anak akan patuh cakap ayah bila nampak ibu patuh cakap ayah.

Dan anak akan ikut rajin tolong ibu bila nampak ayah selalu rajin tolong ibu.

Tolong.

Jaga tingkah laku kita dengan pasangan.

Cuba jadi seseorang yang kita nak anak jadi.

7 perkara ibu bapa kena tunjuk depan anak-anak.

Anak-anak akan belajar menggunakan deria penglihatan dan pendengaran. Sekali pun kita tak suruh ikut, apa sahaja yang mereka lihat dan dengar, mereka akan tiru.

Maka ini yang ibu bapa kena selalu buat depan anak-anak.

1. Selalu buat kerja rumah sama-sama. Iya, kalian kena selalu membantu pasangan sendiri. Macam yang aku biasa cakap sebelum ini, tak semua tugasan rumah kerja isteri. Suami yang s**a membantu lebih baik.

Bantu kerja rumah saat isteri sedang sibuk uruskan kerja lain. Contohnya isteri sedang memasak, kita jaga anak. Isteri uruskan anak, kita menyapu atau mop lantai. Basuh kain dan sidai kain pun tak salah untuk suami, buatlah.

Anak-anak akan belajar kehidupan berkeluarga adalah tentang bantu-membantu.

2. Selalu ucap terima kasih pada pasangan kalian. Dan ucapan ini disebut jelas dan penuh rasa bersyukur. Sekali pun yang kita dapat cuma hal yang kecil, ucap sahaja terima kasih itu depan anak-anak.

Kita tunjukkan depan anak-anak yang kita sangat hargai pasangan. Nanti mereka juga akan hargai kita.

3. Buat kebaikan di hadapan mereka. Bukan niat menunjuk tapi untuk mendidik. Contohnya bersedekah, bantu orang tua atau buta melintas jalan, kutip sampah sekitar masjid atau surau, bersihkan tandas awam lepas guna dan sebagainya.

Beritahu juga sebab kenapa kita kena buat semua itu. Supaya anak-anak faham hidup kena selalu memberi.

4. Tunjukkan kasih sayang depan anak-anak. Peluk pasangan atau pegang tangan pasangan depan anak-anak, itu cara terbaik kita zahirkan kasih sayang.

Itu tanda kita pasangan yang punya sifat penyayang yang tinggi.

5. Bila berhadapan dengan konflik, jauhkan daripada berlaku di hadapan anak-anak. Selalu bila kita diluar kawalan emosi, kita akan cenderung berkata yang tak baik, perkataan yang tak elok, marah-marah dan meninggi suara.

Jika ini kerap berlaku depan anak-anak, kalian sedang merosakkan minta dan emosi anak-anak itu sendiri. Jadi, elakkan ya.

6. Sembahyang dan mengaji depan anak-anak. Boleh juga buat selalu ambil wudhuk depan anak-anak. Supaya mereka belajar, itu adalah keutamaan dalam hidup. Yang tak boleh tinggal, wajib kita buat.

Balik kerja penat atau sibuk macam mana pun, sembahyang tetap kita tunaikan. Jadi selepas daripada itu, mudah kita nak tanya mereka p**a;

“Kakak dah solat ke belum? Adik-adik dah mengaji?” Haa, begitu.

7. Amalkan sikap selalu meminta maaf jika bersalah. Iyalah, kau kan banyak buat salah, mintalah maaf. Kahkah.

Benar, anak-anak akan belajar untuk tidak malu mengaku salah dan terus meminta maaf. Sesama mereka adik-beradik, dengan ibu bapa mereka atau pun dengan kawan-kawan nanti.

Begitulah kawan-kawan. Dah jadi ibu bapa ini sekali gus kita akan jadi guru pertama buat anak-anak.

Maka segala-galanya kena teratur dan dirancang. Sekian.

Sumber :
Firdaus Mokhtar,
Masih belajar jadi walid.
& Wawa Shauqi

Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang.1. Berdamai dengan masa silam.Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehid...
18/02/2024

Lapan Tips Untuk Hidup Yang Tenang.

1. Berdamai dengan masa silam.

Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.

2. Usah pedulikan apa orang kata.

Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

3. Masa ‘menyembuhkan’ hampir semua perkara.

Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.

4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.

Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.

5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.

Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.

6. Jangan menghakimi orang lain.

Kita tidak layak nak ‘judge’ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.

7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.

Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.

8. Senyumlah selalu.

Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa s**ar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.

Kredit : Al Amin

30/11/2023

Jika ada yang memberikan pujian . Sebutlah Haza Rahmatun Min Rabbi " Ini adalah rahmat dari Tuhanku " untuk elakkan dari Penyakit Ain.

Address

Taman Mawar
Sepang
43900

Telephone

+60132306881

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pes Masakan by Fabellaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share