11/08/2026
Alhamdulillah, satu lagi kenangan manis dalam perjalanan kami. 🤍
Syukur diberi peluang menerima Anugerah Usahawan Cemerlang U-PLATS Halal.
Bagi kami, penghargaan ini bukan tentang sejauh mana kami sudah sampai, tetapi satu peringatan bahawa masih banyak yang perlu dipelajari, diperbaiki dan dibina.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa ada di belakang kami — team, keluarga, mentor, rakan-rakan serta semua yang pernah membeli, mencuba dan mempercayai produk kami.
Bisnes ni memang ada hari yang mudah, ada hari yang mencabar. Jadi bila ada sedikit penghargaan seperti ini, kita berhenti sekejap untuk bersyukur… kemudian sambung kerja lagi. 😊
Semoga langkah kecil ini membuka jalan untuk kami terus membina TEEGO menjadi lebih baik dan memberi lebih banyak manfaat, Insya-Allah.
Slowly, consistently, with purpose. 🤍