14/07/2022
Hai korang! Saya nak share korang tips atau cara kreatif untuk selamatkan kek korang yang bantat atau tak naik. Mesti membazir kan kalau dibuang so saya akan terangkan cara kreatif style kami π
Cara-cara kreatif kami:
1οΈβ£ Bubuhkan topping ala brownies - Anda boleh alter kek tu dengan menambahkan topping coklat ganache, sos karamel, cream cheese, peanut butter, whipping cream, taburan keju parut atau kekacang ala brownies. Sebabnya brownies ni pun sebenarnya macam kek yang tak naik juga, kan? Kalau rasa ada bahagian tak rata atau kurang comel, bolehlah potong ikut bentuk yang kita nak. Mesti nampak lebih menyelerakan!
2οΈβ£ Kepalkan jadi cake pop/bebola coklat - Caranya, potongkan kek yang tak jadi tu kecil-kecil dan lepastu hancurkan. Lepas tu kepalkan dengan tangan menjadi bentuk bebola. Kemudian, celupkan atau curahkan coklat yang dah dicairkan ke atasnya. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk dan tunggu coklat dan kek tu keras. Siap! Budak-budak mesti s**a.
3οΈβ£ Lapiskan dengan aiskrim ala parfrait - Caranya senang sangat, anda boleh masukkan kek yang dipotong kecil ke dalam bekas atau gelas, kemudian lapiskan dengan aiskrim vanila. Boleh ulang lapisan ni 2,3 kali kemudian taburkan dengan buah-buahan segar. Kalau malas, nak buat 1 layer saja pun dah cukup sedap tau. Kalau kita buat kek buah, boleh juga gabungkan dengan yogurt.
4οΈβ£ Guna sebagai base puding trifle - Untuk buat puding ni, biasanya lapisan paling bawah ni orang akan gunakan kek span atau kek gulung. Tapi memandangkan kita dah ada kek tadi, kita cuma perlu tambah lapisan kastad dan jelly di atasnya. Untuk buat adunan kastad, anda perlukan masakkan susu cair, sedikit gula, dan sedikit air di atas api. Lepas tu, bancuhkan dengan tepung kastad hingga melarut. Bila kastad dah agak mengeras, boleh susun apa-apa jenis buah-buahan. Kemudian, buat lapisan ketiga iaitu jelly. Guna jelly segera yang jenis serbuk tu mudah. Cuma masakkan jelly dengan membancuhnya bersama s**atan air mengikut arahan pada kotak dan siramkan ke atas lapisan kastad.
Jangan lupa follow and like our page Aromatisse Desserts for more info and interesting tips!
https://www.facebook.com/keklapisAA/ https://www.facebook.com/keklapisAA/
https://www.facebook.com/keklapisAA/
https://www.facebook.com/keklapisAA/