20/04/2026
Kehidupan jadi lebih mudah bila tinggal dekat pasar raya, tapi bagi peniaga seperti Ameer Ali Mydin, ia membawa masalah besar apabila troli sering ‘hilang’ dibawa pulang pelanggan.
Menurutnya, Mydin Mohamed Holdings Bhd menanggung kerugian sekitar RM500,000 setahun melibatkan troli yang hilang atau rosak, dengan setiap unit bernilai kira-kira RM500, kebanyakannya dibawa pulang oleh penduduk berhampiran.
Selain kos kehilangan, syarikat juga perlu mengupah pekerja untuk mencari semula troli dan menanggung kos pembaikan kerana banyak yang rosak selepas digunakan di jalan raya, sebelum akhirnya kos ini dipindahkan kepada pengguna.
Sumber: The Star
Gambar hiasan (AI)