Hanis Alimin

Hanis Alimin ‘Bukan menunggu masa depan. Kita sedang membinanya.’
— MHA

Sebentar tadi, saya menerima panggilan telefon daripada sahabat saya, Saudara Qayyum. Kami saling bermaafan sekiranya se...
03/08/2026

Sebentar tadi, saya menerima panggilan telefon daripada sahabat saya, Saudara Qayyum. Kami saling bermaafan sekiranya sepanjang tempoh kempen ada berlaku pergeseran atau salah faham.

Inilah politik nilai dan politik baharu yang saya dan ramai anak muda cuba bawakan. Berbeza pandangan dan fahaman politik tidak bermaksud kita perlu bermusuhan.

Saya juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Qayyum atas kejayaan mempertahankan kerusi DUN Senaling untuk Barisan Nasional. Semoga beliau dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya demi rakyat Dun Senaling, tanpa mengira jalur parti politik. Janganlah sesekali menjadikan kuasa politik untuk salah guna kuasa, rasuah, pemusatan kroni dan sebagainya, saya yakin beliau orang baik.

Saya akan terus berjuang di lapangan dengan agenda mengangkat martabat insan melalui PAKATAN HARAPAN, dan rahmah buat semua. Inshaa Allah. Tahniah YB Qayyum..!!!


02/08/2026

Rehat boleh.!!
Berhenti jangan..
Kita akan terus bekerja untuk mengangkat martabat insan.

01/08/2026

Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera, sukarelawan dan penyokong yang telah berhempas pulas sepanjang kempen.

Kita menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Kita mungkin tewas dalam pilihan raya negeri ini, namun perjuangan mangangkat martabat insan belum berakhir. Keluarga besar Pakatan Harapan perlu bermuhasabah dan mengakui bahawa kita kalah dalam pertarungan naratif. Daripada pengalaman ini, kita akan bangkit dengan lebih kuat, lebih tersusun dan lebih dekat dengan denyut nadi rakyat.

Tahniah kepada pihak yang diberi mandat. Semoga amanah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat.

Buat seluruh warga Senaling, terima kasih atas setiap sokongan, doa dan kasih sayang yang diberikan. Senaling tetap yang terbaik. Insya-Allah, kita akan terus berkhidmat tanpa mengira musim pilihan raya.

Perjuangan diteruskan. HARAPAN tidak pernah padam.

Ikhlas dari,
Hanis Alimin
Sayang Senaling ❤️

Satu pengalaman yang luar biasa. Jom ramai-ramai kita tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Kekal Harapan. Insyall...
01/08/2026

Satu pengalaman yang luar biasa. Jom ramai-ramai kita tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Kekal Harapan. Insyallah

31/07/2026

Jumpa esok di
SK SENALING,
saya membuang undi di sini.

30/07/2026

Hari ini merupakan hari terakhir kita berkempen. Dalam setiap langkah, setiap ziarah dan setiap pertemuan, saya belajar bahawa kekuatan sebenar bukan terletak pada seorang calon, tetapi pada sebuah masyarakat yang mempunyai harapan untuk melihat Senaling menjadi lebih baik.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan yang bertungkus-lumus siang dan malam, serta kepada semua penduduk yang sudi menerima kehadiran kami dengan hati yang terbuka.

Saya juga memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh kempen ini ada kata-kata, tindakan atau kekurangan daripada saya yang tanpa sedar telah mengguris hati mana-mana pihak. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.

Saya benar-benar sayang akan rakyat Senaling. Kasih sayang itulah yang menjadi sebab saya memilih untuk berjuang bersama anda semua.

Teruslah mendoakan saya dan seluruh pasukan agar diberikan kekuatan, keikhlasan dan kesempatan untuk bersama-sama membina Senaling yang lebih maju, lebih sejahtera dan lebih membanggakan untuk generasi hari ini serta anak cucu kita nanti.

Demi Senaling. Demi masa depan kita bersama.

Yang Benar,
Hanis Alimin
Calon No 3
Dun Senaling

30/07/2026

Jom ramai-ramai kita keluar mengundi pada 1 Ogos 2026 ini. Saya menyeru adik-adik, akak-akak, abang-abang dan acik-acik semua moh pulang tunaikan tanggungjawab mengundi bagi kita menentukan masa depan Senaling🫰🏻

Alhamdulillah Ceramah Kelompok terakhir bagi kempen kali ini di Felda Kepis mendapat sambutan yang baik. Kawan-kawan yan...
29/07/2026

Alhamdulillah Ceramah Kelompok terakhir bagi kempen kali ini di Felda Kepis mendapat sambutan yang baik. Kawan-kawan yang datang tanpa paksaan dan imbuhan membuatkan semangat kami semua terus berkobar-kobar. Insyallah kita menuju kejayaan.




Terus berusaha sehingga berjaya. Insyallah🤲🏻
29/07/2026

Terus berusaha sehingga berjaya. Insyallah🤲🏻

29/07/2026

Kempen Pilihan Raya Negeri kini berbaki 2 hari sahaja.

Alhamdulillah, semangat perjuangan tidak pernah luntur. Setiap hari kami terus turun padang bertemu warga Senaling, menyampaikan visi, misi dan hala tuju yang ingin kami bawa demi masa depan yang lebih baik.

Terima kasih atas setiap senyuman, doa, teguran dan sokongan yang diberikan sepanjang kempen ini. Suara rakyat adalah amanah yang akan saya pegang dengan penuh tanggungjawab.

Insya-Allah, jika diberi kepercayaan, saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk membawa perubahan yang memberi manfaat kepada seluruh warga Senaling tanpa mengira latar belakang.

Tinggal 2 hari lagi.
Ayuh bersama kita melakar lembaran baharu untuk Senaling.

Undilah perubahan. Undilah masa depan.

Hanis Alimin
Calon No. 3
DUN Senaling

Address

Seremban

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hanis Alimin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share