07/07/2022
Dah Jumaat lagiiii
Macam tu je kan masa berlalu. Rasa macam baruuu sangat Jumaat, dah Jumaat lagi!
Friday adalah hari yang paling dicintai kami di .le sebab hari ini adalah hari Feedie Foodie Friday!
Untuk kami, inilah masanya untuk jadi Hero!
Jom jadi Hero dengan menaja makanan untuk asnaf, anak yatim dan mereka yang memerlukan.
Anda taja, kami masak, kami sediakan, kami hantar.
Menu yang sama, portion yang sama, keenakan dan yang sama kelazatan yang sama dan pastinya kepuasan dan kegembiraan yang sama.
Berikan senyuman yang sama kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Assalamualaikum dan salam subuh Jumaat tuan/puan yang dermawan. Semoga Tuan/Puan sentuasa berada di bawah Redha Ilahi.
*LAPORAN PROGRAM CSR Feedie Foodie Friday 1 July 2022*
Alhamdulillah sebanyak 14 pax tajaan terkumpul telah diterima daripada Tuan/Puan pada minggu lepas. Kami juga telah melengkapkan penghantaran minggu sebelumnya menjadikan keseluruhan 64 Pax
Pihak Muo Le bersama sister brand kami .le telah selamat mengagihkan tajaan makanan Tuan/Puan seperi butiran di bawah pada minggu lepas:
1. Maahad Tahfiz Nur Hikmah Gombak Setia 64Pax
Terima kasih atas sumbangan ihsan Tuan/Puan. Semoga usaha kita diterima dan diberkati hendaknya