D'Licious Station

D'Licious Station Selamat datang ke D'Licious Station. Kami menawarkan perkhidmatan menjual produk2 makanan. Order adalah 3 hari sebelum bagi memenuhi syarat permintaan.

Tqvm for your support�

🍁Jangan sempitkan konsep 'rezeki' hanya pada wang dan harta. 🍁Mempunyai keluarga, sahabat dan orang sekeliling yang sent...
07/11/2025

🍁Jangan sempitkan konsep 'rezeki' hanya pada wang dan harta.

🍁Mempunyai keluarga, sahabat dan orang sekeliling yang sentiasa menyokong kita itu juga satu bentuk rezeki.

🍁Punya kesihatan yang baik dan masa yang lapang untuk buat kebaikan itu juga rezeki.

🍁Sabar dan syukur...say "ALHAMDULILLAH"

📍019.5668217







Menerima tempahan aneka jenis pulut 👇👇■ pulut udang utara■ pulut dakap utara■ ketupat utara■ pulut kuningD'licious Stati...
25/09/2025

Menerima tempahan aneka jenis pulut 👇👇
■ pulut udang utara
■ pulut dakap utara
■ ketupat utara
■ pulut kuning

D'licious Station :
☎️ 019.566 8217

Resepi & cara buat karipap pusing 👇👇
25/09/2025

Resepi & cara buat karipap pusing 👇👇

Saya share resepi nasi ayam👇Ayam bahagian pahaStok ayamHalia5 ulas bawang putihBasuh bersih ayam rebus ayam dengan halia...
25/09/2025

Saya share resepi nasi ayam👇

Ayam bahagian paha

Stok ayam
Halia
5 ulas bawang putih

Basuh bersih ayam rebus ayam dengan halia dan bawang putih yg ditumbuk. Air mesti banyak sebab nanti akan guna untuk masak nasi, sup, sos dan kicap. Dah mendidih angkat ayam dan toskan

Bahan perapan ayam(2 ketul paha ayam)
2 sudu gula perang
2 sudu madu
1/2 cawan kicap manis
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
Garam
Minyak bijan

Gaul semua bahan dan perap ayam dalam 30 minit.
Bakar dalam 30 minit suhu 180. Sebelum bakar sapu butter dan minyak bijan. Dah siap masak pun sapu lagi butter dan minyak tadi untuk dapat hasil yang menarik🤭

Bahan nasi

2 cawan beras basmathi
Panaskan minyak sapi dan butter dalam periuk nasi elektrik.
Tumis daun pandan, serai, halia dan 4 sekawan hingga naik wangi. Masukkan beras gaul sebati. Masukkan 3-3 1 /2 cawan air stok ayam tadi. Masukkan garam gaul sebati. Alihkan ke atas periuk elektrik dan biar hingga masak. Dah masak gaul2 kan nasi supaya masak sekata.

Bahan sos
Blend 4 biji cili merah dengan seulas bawang putih. Guna air stok ayam tadi jg.
Masak api perlahan. Masukkan sedikit gula, garam, cuka, sos cili. Agak2 ja letak ni bagi dapat rasa sos. Nak pekat letak sikit tepung jagun yg dibancuh sedikit air.

Bahan kicap
Lebihan bahan perapan ayam tadi masak bersama sedikit air stok ayam. Kalau tak masin tambah garam. Dah mendidih tutup api.

Bahan sup
Lebihan air stok ayam tadi panaskan, tambah garam dan kiub ayam. Masak hingga mendidi. Siap

Selamat mencuba
Yang penting masak dengan penuh kasih dan sayang😘😘

Sumber : Mdm Kelly

RESEPI NASI DAGING UTARANasi Daging & Air Asam KerisikBahan-bahan (10 orang):Air Rebusan Daging & Sup (A)• 2 inci halia*...
25/09/2025

RESEPI NASI DAGING UTARA
Nasi Daging & Air Asam Kerisik
Bahan-bahan (10 orang):

Air Rebusan Daging & Sup (A)
• 2 inci halia*
• 4 ulas bawang putih*
• 1 sdb lada hitam*
• 1 kg daging lembu
• 1 sup bunjut
• 2 sdb rempah sup
• 4L air

• (B)
• Garam secukupnya
• Hirisan daun bawang & bawang goreng

Cara Penyediaan:
- Kisar bahan² yang bertanda *.
- Masukkan bahan kisar & bahan² (A) yang lain ke dalam periuk. Masak sehingga daging empuk. Tambahkan lagi air sekiranya perlu.
- Tapiskan air rebusan. Asingkan daging & air rebusan yang secukupnya untuk memasak nasi.
- Potong daging kepada ketulan kiub & ketepikan.
- Panaskan semula baki air rebusan daging. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Taburkan dengan hirisan daun bawang & bawang goreng.

Nota:
- Daging juga boleh direbus dengan menggunakan periuk tekanan.

Nasi Daging
• 4 sdb mentega
• 1 batang kulit kayu manis
• 2 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• 4 helai daun pandan
• 1 biji bawang besar (hiris)
• 4 ulas bawang putih (hiris)
• 2 sdb rempah sup
• 1 biji tomato (cincang kasar)
• 4 cawan beras
• Daging rebus yang telah dipotong
• 5 cawan air rebusan daging
• 1 cawan susu cair
• 1 sdb pati ayam/ 1 ketul kiub pati ayam
• 2 pokok daun ketumbar
• Segenggam kismis
• Segenggam bawang goreng

Cara Penyediaan:
- Cairkan mentega di dalam periuk.
- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga daun pandan, hirisan bawang besar & hirisan bawang putih. Tumis seketika.
- Masukkan p**a rempah sup & tomato. Gaul rata.
- Masukkan beras, daging rebus yang telah dipotong, air rebusan daging, susu cair & pati ayam. Kacau rata.
- Tutup periuk. Masak nasi dengan api kecil sehingga masak (20-30 minit).
- Pada ketika nasi ¾ masak, masukkan daun ketumbar, kismis & bawang goreng.

Nota:
- Boleh tambahkan sedikit minyak sapi ketika menumis.
- Boleh gantikan/ tambahkan rempah sup dengan rempah kurma.
- Nasi ini boleh dimasak di dalam periuk nasi seperti biasa.

Air Asam Kerisik
• 3 biji bawang besar*
• 30 biji cili padi*
• 3 biji tomato*
• 3 sdb asam jawa
• 1 cawan air
• 1 sdb belacan
• 2 sdb kerisik
• 2 biji limau nipis
• 2 sdb gula pasir
• 1 sdb budu/ sos ikan

Cara Penyediaan:
- Hiris bahan² yang bertanda *.
- Bancuh asam jawa dengan air. Tapis & ambil airnya sahaja.
- Sediakan bekas/ mangkuk. Masukkan bahan yang telah dihiris, air asam jawa, belacan, kerisik, jus limau nipis, gula pasir & budu. Ramas²kan & sedia untuk dihidangkan bersama nasi daging.

Nota:
- Boleh gantikan budu/ sos ikan dengan garam.

Credit : Noor Ashikin Saerah

Biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tahun lepas dah pernah share resepi ta...
09/03/2025

Biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.

Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak p**ak. =
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
=

Bahan-bahan :

250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara-cara: • Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang. •

Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik. •

Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati. • Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah d**g. Bisa aja. •

Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder. • Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit.

Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah). *

Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Selamat mencuba

Kredit: nurul syuhada che din


Manisan berbuka harini..Kek coklat moist.Kek coklat moist kukus.Pakai blender aje.. ~Resepi~*Bahan untuk di blend:- 1 ca...
30/05/2024

Manisan berbuka harini..
Kek coklat moist.

Kek coklat moist kukus.
Pakai blender aje..

~Resepi~
*Bahan untuk di blend:
- 1 cawan susu cair/air biasa
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak@minyak jagung
- 3 biji telur
- Secubit garam
*Blend kesemua bahan ni dalam masa kurang 5 minit.
*Sementara tu panaskan kukusan hingga mendidih.

*Bahan untuk di ayak:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil bikabonat soda
- 1 sudu kecil baking powder

*Satukan kesemua bahan yg di blend td bersama bahan yg tlh diayak.. kacau rata kesemuanya.

Dah rata tapis adunan utk elakkan ketul2.. masukkan dalam loyang yang disapu majerin supaya tak melekat. Kukus lebih kurang 45 hingga 50 minit.. Dan balut tudung pengukus untuk elak air jatuh ats kek..

Untuk topping saya guna
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn sebuk koko
3 sudu susu cair/air biasa
2 sudu butter@majerin@minyak

Masak atas api (double boil) sampi sebati dan agak pekat.
Dan bile kek sejuk dah boleh siram......

Selamat mencuba.

Maaf sis ketinggalan keretapi😂 Baru nak mencuba. Serius sedap. Tak manis sangat resepi ni. Rasa rangup dan chewy kat dal...
30/05/2024

Maaf sis ketinggalan keretapi😂 Baru nak mencuba. Serius sedap. Tak manis sangat resepi ni. Rasa rangup dan chewy kat dalam. Yang penting kenal suhu oven masing² ye. Terlebih bakar jadi biskut rangup. Terkurang bakar jadi tak masak rasa mcm makan tepung.

Soft Cookies Recipe

1/2 cawan mentega bergaram (pure butter)
1/4 cawan gula castor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur saiz A/B
1 sdk esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum-ayak
1 sdb tepung jagung-ayak
1/4 sdk soda bikarbonat
1/4 sdk baking powder
½ cawan dark chocolate chip & couverture chocolate. (boleh lebihkan kalau s**a banyak)

1. Cairkan mentega sehingga bertukar menjadi “golden brown”. Biarkan sejuk seketika.
2. Kemudian masukkan kedalam bekas bersama gula. Kacau sebati.
3. Masukkan p**a telur dan esen vanila. Sebatikan.
4. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau² adunan dan masukkan chocolate chip.
5. Simpan chiller selama 10-15 minit dan boleh bentukkan.
6. Atau boleh juga bentukkan adunan biskut dulu dan baru simpan chiller.
7. Keluarkan. Dan bolehlah dibakar dengan suhu 160c-170c selama 15-20 minit.
8. Boleh bentukkan guna scoop aiskrim yg saiz besar atau timbang doh 50g. Saiz sesuai yg saya s**a. Tak besar dan kecil sangat.
9. Guna pure butter sepenuhnya, dark chocolate chip dan couverture chocolate premium untuk rasa yang bila makan tu rasa teringat² 😋

Fb : Tuan Adriana Arissa

Assalamualaikum..Dah viral soft cookies cicah susu 😋. Sedap yakmat. Bakar suhu 170° 25 minit. Resepi dalam gambar.Kredit...
29/05/2024

Assalamualaikum..

Dah viral soft cookies cicah susu 😋. Sedap yakmat. Bakar suhu 170° 25 minit. Resepi dalam gambar.

Kredit Fatimah Saari

Address

Seri Kembangan
43300

Telephone

+60195668217

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Licious Station posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share