16/03/2022
Ramai saing2 ambe tanye lening x jual ayam doh ke?
Ye betul mmg x jual ayam doh tp masih lg suppy sos dan jugok rempoh ayam bakor serta catering. Nape sy x jual doh, satu sbb dapat peluang bekerja, kedua sbb barang mentah naik harga terlalu tinggi. Agak sukar bg peniaga kecil mcm kami ni nok maintain dgn harga semasa.
Kami mmg dgn berat hati terpaksa ketepikan dahulu perniagaan ni buat sementara dan kami akan kembali dgn plan perniagaan Ayam BBQ Honey ni dgn lebih besar. Plan mmg semua dh ada skrng org kata tengah kumpul modal. Dh cukup modal kita akan buat semula.
Pengalaman 2 tahun berniaga jalanan mmg takkan dapat ambe lupakan. Banyok kenangan manis, pahit, tawor semua ada. Kunci utama dia ttp sama, jangan berputus asa.
Walaupn ambe bekerja dgn org skrng ni, minset ttp same, ttp dengan sikap ownership, yakni buat company kita kerja mcm company kita sendiri. Dgn cara itu kita akan lebih bersungguh sungguh dalam bekerja.
Mungkin kita sendiri x pasti brp lama kita diperlukan dalam company tu, tp selagi boleh wat terbaik, kita buat yg terbaik. Ofcos backup plan kene sentiasa ade, dgn pengalaman hok ada, innshaallah, mudah2an Allah permudahkan blake.