30/09/2021
Mohon sebarkan
Bersedekah dalam bentuk wakaf sama adalah salah satu wasilah bagi kita mendapat keredhaan Allah. Bersedekah adalah amalan akan memberi perlindungan dan rahmat ketika kita menghadap Allah di akhirat sana.
Kami mewakili Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum Lill Banin Wal Banat (MAHWU) Puncak Alam dan Ust Hafizhullah telah buat perjanjian dgn peguam untuk membeli tanah bagi Tahfiz Banat di Bukit Hijau Jeram Kuala Selangor
Tempoh masa akan tamat 2 bulan lagi 😭 ( Nov 2021 )
Jika tidak akan deposit berjumlah Rm 65,000 yg telah di bayar sebelum ni akan lebur.
Disebabkan pendemik ini kutipan Dana Wakaf agak perlahan melalui usaha kami MAHWU.
Size tanah sebenarnya 3 ekar tetapi disebabkan kekangan kewangan kami mampu membeli 1 ekar setengah sahaja sekurangnya ada juga tanah untuk Tahfiz Banat walaupun 1 ekar.
Ini sahaja peluang yang ada untuk Tahfiz Banat
Buat masa ini kami masih menyewa premis untuk Tahfiz Banat dan ada perjanjian sewaan bertempoh, apa yang kami risaukan para pelajar kami yang terdiri dari pelajar Yatim dan Asnaf yang kurang berkemampuan sekiranya kami terpaksa keluar selepas tamat perjanjian sewaan premis.
Baki pembayaran tanah utk 1 ekar setengah ini berjumlah RM 260,000.00
Sudikan jika Tan Sri,/ Dato’/ Datin/ Tuan/Puan menafkahkan harta dan membantu kami bagi tujuan ini
Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al Baqarah : 261
Jika ada yg sudi niat kongsi rezeki berwakaf boleh KLIK link dibawah
https://toyyibpay.com/Dana-Wakaf-Madrasah-Al-Huffaz
Kepada yg membantu / berwakaf kami doakan agar di murahkan rezeki, di permudahkan segala urusan.